Kisah ini bermula apabila maid saya pulang ke Indon untuk beraya bersama keluarga selama 3 minggu sejak dari raya pertama. Jadi terjadilah permasalahan dan kesulitan bahawa siapa yang akan menjaga dhia di sepanjang ketiadaan maid. Kusut ini.
Bila saya minta dhia tggl dengan mak kl nya untuk tempoh sebulan..terjadilah pertumpahan air mata kerana dhia enggan akur dengan arahan itu. Pelbagai alasan diutarakan supaya tidak dihantar ke sana. Alasan utama ialah tiada tumpuan dan kasih sayang yang lebih terhadap dirinya...Keadaannya seakan kanak-kanak kekurangan kasih sayang (choiiii!!).
Setelah bincang dan bincang dan bincang... diskas berkali-kali... akhirnya kata sepakat berjaya diambil. Selama 2 minggu itu, dhia akan ditemani oleh mama yang pernah menjaga dan mengasuh dhia sewaktu kecil (dari usianya 8 bulan sehingga 1 tahun setengah - 2 tahun, saya lupa sudah). Dhia memanggil mama saya dengan panggilan manjanya iaitu mak kampung. Biarla mereka berkasih-kasihan sesama mereka sepanjang bulan yang mulia ini...hiks (ada nk muntah ke). Kemudian.. balance yang seminggu lagi semasa ketiadaan maid, tugas menjaga dhia di ambil alih oleh babahnya... hihiihi.. gudlak babah!! masak skali tau..hehe
Jadi berakhirla story kita bertajuk kasihnya mak kampung... **lawak guling-guling sebab dapat create citer ntah hape hape
No comments:
Post a Comment