October 26, 2009

HANTARAN AL-QURAN

Assalamualaikum wbr..

Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untukkita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan.. Mana satu kita nak belinih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggalsatu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikanhantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah."Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcikberbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorangpakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"sengih Nabil.

Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.."Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambiltersenyum."Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.

Jamilah sudah di sebelah rak yang lain."Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. KesianALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nakbaca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid."Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilahmengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil."

Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangantersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabildan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur sertamerta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.Janggutnya putih. Jubah putih.. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad."Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedaibuku 2 bulan lalu."Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahankita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antaraorang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hariKhamis selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masihmelihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yangsebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad Surah Ar Ra'd"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar darirumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padamwajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, carabacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim..Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suaragemersik Ustaz Sa'ad.

Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyaklagi alunan irama ALQurannya.Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebihmalang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukupbagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula.

Orang ramai memang senangcara penyampaian ustaz Sa'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubahini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetapsama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganyasehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengakukitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pastidilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnyamemanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkanmenjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggipelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah.
Kitab ALQUran yang menjadihantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiaphari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajarsama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'adtiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

August 10, 2009

A must have watch!!! (From Vietnam)


3 units of beautiful vietnam watches to be grab !!!!

RM 70 only (Normal price RM88)








Hurry... while stock last... 3 units only....
Emel me to place order....

August 2, 2009

our first project

I tried to upload pics of dhia playing at the park while waiting my hubby during the mmu convofest briefing last saturday but seems failed. Cannt locate the exact file where i kept it.

Anyway.. What is our first project?
Tunggu...

*bloggin via my e71 while waiting my huby finish his study for tmrw exam

What happened to my w960i? Owh u really don wanna know... Sigh

July 27, 2009

testing

hola.. i am testing update using my e71 nokia wifi at bangi oldtown kopitiam..

Ngee jakun sebentar

July 22, 2009

Renungan yang berguna

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan... Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi .. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni . Sebab dia dah lapar sangat ni.. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit !cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya ..Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.. Macam mana nih.... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba..... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

Astaghfirullah. ...

July 14, 2009

Engkau Terbaik Untukku : Sekadar renungan

" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.
"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.
"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka."
Katanya sinis tanda mengusik.
"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba.
"Why?"Sybil tertanya-tanya.
"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa.

Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.

SUATU PERJALANAN
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."
Teringat pesan ayah di suatu petang."Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata." Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata." Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Insya Allah.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

July 2, 2009

Happy birthday PAPA!!


Selamat hari lahir papa...
Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki dan mendapatkan kesenangan di dunia dan akhirat...
Anak-anakmu sentiasa mendoakan kebahagiaanmu..
Amin

June 25, 2009

June 12, 2009

Success To A Happy Married Life..

A man and a woman had been married for more than 60 years. They had shared everything. They had kept no secrets from each other except that the little old woman had a shoe box in the top of her closet thatshe had cautioned her husband never to open or ask her about.For all of these years, he had never thought about the box, but one day the little old woman got very sick and the doctor said she would not recover.

In trying to sort out their affairs, the little old mantook down the shoe box and took it to his wife ' s bedside.She agreed that it was time that he should know what was in the box.When he opened it, he found two crocheted dolls and a stack of moneytotaling $95,000. He asked her about the contents.

"When we were to be married," she said, "my grandmother told me thesecret of a happy marriage was to never argue. She told me that if Iever got angry with you, I should just keep quiet and crochet a doll."
The little old man was so moved; he had to fight back tears. Only two precious dolls were in the box. She had only been angry with him two times in all those years of living and loving. He almost burst with happiness.

"Honey," he said "that explains the doll, but what about all of thismoney? Where did it come from?""Oh, that?" she said.


"That is the money I made from selling the dolls." : )

June 2, 2009

TUDUNG COTTON (KAIN T-SHIRT)

Mari-mari.. beli tudung

Saiz Biasa ~ RM35
Saiz Besar ~ RM42





Berminat?

Hubungi saya: hud_hud_405@yahoo.com

June 1, 2009

Err ape cer....

Kenyang.. burpp.. baru mamam mee rebus penghasilan dari isteri boss saya...Alhamdulillah murah rezeki boss dan rezeki saya hendaknya.

Topik tghari ini masa lunch yer kekawan adalah Dhia Farhana

Phewww... agak mencabar juga menjaga anak yang semakin membesar ni.. sungguh petah bercakap, kuat membantah, nakal dan masya-Allah aktifnya...

Antara contohnya:

1) Semasa bersiap-siap hendak hantar pergi rumah pengasuh:

"Mama... mama jangan pergi kerja tau mama... mama pakai baju tidur mama.. pakai baju tidur mcm bie ni" sambil diselang seli dgn raungan yg hebat... huhuhu drama queen betul

"Mama... mak KL jahat.. mak kampung baik !!!"

"Mak KL pukul Bie ke? cubit Bie ke? "

"Takk... mak KL baik lah" (Tibe-tibe pulakk)

2) Semasa ambil dari rumah pengasuh, otw ke rumah, Bie nmpkla bangunan rumah kami

"Mama.. tu rumah mama, Bie tkde rumah.. babah tkde rumah... tu rumah mama aje..."

"Bukan la Bie.. tu rumah kita lah"

"Oooo rumah kita...." (Ala2 paham la tu.. hihi)

3) Semasa saya marah ngn dia

" Bibie ni nakal lah... mama cubit kang.. mama anta balik kg karang "

Terus buat muka cebik smbil baring ke lantai tutup muka... dia menjawab:

"Bie baik !!! Bie tk nakal.. tknk balik kg" Very the cute.....

4) Malam tadi, dia request nak air oren tp jus oren takde la pulak.. ade ribena aje...

"Ma... nak air oren..."

"Air ribena nak?"

"Tknk.... nak air oren je......"

"Bolehla air ribena...."

"Tknk!!!!!! ..............."

Saya pun kuar kan sunquick yg ada tggl saki baki mmg dh nk habis lah...

"Ni nak tk?.. Air oren ni....?"

"Taknak..... oren ni masammmmmm" Haih.. ade2 je lah...

Favorite phrase dia sekarang bila saya tanya "Bie sayang mama ke tk?"

"BIE SAYANG MAMA SANGAT" I'm touched ok.....so damn touched...

Tapi byk lagi perangai dia yg sy kena byk thn sabar.. bila dh TERmarah dia.. time dia tido rasa sedih plak tgk dia... sibukla kiss2 dia byk sgt.. sib baik dia tk jaga.. Erm... jaga budak ni sgt mencabar kesabaran kan.. dan menggugat emosi... huhu

But not forget... very big thanks to her babah....my abang lah of coz kan... very calm, patient and help me a lot in every ways to jaga dhia.. to manage urusan rumahtangga.... With him, i am so bermanja2... so mengada2... sket sket mntak tolong babah.. sket2 mnta tolong babah... as if la i ni tk pernah buat kerja rumah sorg2... tk pernah survive sorg2...dh sethn lebeh independant tau.. but i am happy dgn the mengadaness... i think this is the time.. me realy happy with him and dhia... realy feel the big burden were relieved, happily go far away from my shoulder.. :)

yang tggl hanyalah kecomelan utk saya berchentaa2 dan berkasih syg dgn babah and dhia...

Owh i hope he read this so my request to bwk dhia main buai smbl makan marry brown dkt south city plaza mendapat kelulusan 100%.. hiksss babah boleh la.. please please..

*fyi, marry brown dkt south city ada byk meja yg kerusinya ada lah buaian ok.. sgt cool... plus tmpat itu ada lah kosong... thanks for poney clearance sales yg bertmpt disana so ai tahulah tmpt tu ada marry brown yg ada buaian .

Owh by the way... poney clearance sales tu closing today tau.. hikss

Owh sy sudahi bebelan yg panjang akibat sudah lama tk buat post dgn pic dhia

tata

my precious

May 28, 2009

Lamanya.....

Rupanya sudah lama saya tidak memblogging.... ngeee... sibuk betul dengan kerja2 di ofis... aktiviti meniaga... aktiviti berkeluarga... selebihnya hanya sempat blog hopping di blog2 kegemaran.... alamatnya bersawangla blog ni.. ttp sy gigih nk update blog hari ini.. jadi sila la beri semangat yer kawan2....

May 4, 2009

Selamat Hari Ibu


Bila dahaga, yang susukan aku....mak


Bila lapar, yang suapkan aku....mak


Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak


Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak


Bila bangun tidur, aku cari....mak


Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak


Bila nak bermanja, aku dekati....mak


Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak


Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak


Bila nakal, yang memarahi aku....mak


Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak


Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak


Bila takut, yang tenangkan aku....mak


Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak


Aku selalu teringatkan ....mak


Bila sedih, aku mesti talipon....mak


Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak


Bila bengang.. aku suka luah pada..mak


Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "


Bila sakit, orang paling risau adalah....mak


Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak


Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak


Bila ada masalah, yang paling risau.... mak


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak


Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak


kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak


Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak


Yang selalu berleter kat aku...mak


Yang selalu puji aku....mak


Yang selalu nasihat aku....mak


Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku Bila sedih, aku cari......mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada....mak



Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak



Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"



Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku



Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak



Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak



Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Selamat Hari Ibu mama.. I love u so much


April 29, 2009

Adakah...

Adakah saya hanya akan menulis entry baru bila ada masalah atau berita gumbira...
Adakah saya akan bermalasan sebegini sampai bila2...

Erm saya pun tk tau...


Life is good now... and i am thankful for that....


Comel kan dhia.. best tau jadi housemate dia(tiap2 ari ble peluk dia)... hihik.. and of cozlah kena ada my abang kan... tq sbb jaga kami..

With my bro yang semakin handsome



With her babah




Saya sayang both of u.. nak jejalan lagi.. **hint

April 22, 2009

April 10, 2009

New items...

Additional tudung tshirt


Chiffon yang tidak perlu lining

Semuanya di sini

April 9, 2009

cameron highlands part 2

Ada lagi ke? tgkkan aje...


taman rama-rama














sukanya dia


di ladang boh

















bye bye cameron





sweet memories remain forever...

Cameron highlands

Wah wah... begitu degil mahu mengupload pic di cameron highland... sila2 menjamu mata yer.. cameron adalah sgt best... terasa ingin membeli tanah di sana.. menanam herba/sayur/strawberri dan menjual hasil tanaman online... (herba shj la yg boleh dijual online kot).. adakah spt ingin berfikiran di luar kotak sebentar... spt ingin mendapat sedikit rehat di tempat sejuk, tidak tergopoh2 ke tmpt kerja... dan tk perlu pkr mengumpul duit yg byk .. hanya perlu tumpukan menanam herba shj.. tp adakah seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. tidak mahulah.... mungkin boleh ke sini lagi merehatkan minda di lain kali... boleh kan abg.. kan.. kan...

Selamat menikmati gambar2 ye... bukankah saya kata menyokong percutian dalam negeri juga berbaloi...


mula2 harusla ada pic saya.. ngeee (saya sukalah pic ni) eh ni g kenduri sedara dulu kt kuala kangsar.. bukanla sy spt ini di cameron...



Wah.. mereka bermain lah (menyusun sbnrnya.. hihi)


Malasla nk letak pic kenduri(busan dah.. )

Ada byk pic tiada caption ye.. saya mengaku kemalasan di situ....

on the way to cameron ...






TM Resort.. tmpt kami menginap...













Ada byk pics lagi.. nnti sy upload yer...