September 20, 2011

Anak

Dec 2011 ini genapla 5 tahun umur Dhia. Indah. Benar. Tak pernah jemu. Gelagatnya yang nakal menambah nikmat hidup. Akan tetapi.. seperti biasa, kami sering dihujani persoalan bila mahu menambah anak. Menggelisahla masing-masing mahu menjawab. Hehe.

Mahu saje saya menjawab... bukan tak nak tapi tak dapat lagi.. tapi malas untuk disuarakan sebab nanti pasti saja dihamburkan dengan pelbagai petua bagaimana mendapatkan anak. Lalu alasan 'Belum ada rezeki' saja yang berbunyi di bibir.

Rasanya saya bingung. Manusia ini sudah lupakah dengan rezeki Allah? Janganlah kerana mereka sedang mengandung atau baru menambah anak kedua.. atau sudah ketiga maka sibuk mempersoalkan rezeki orang lain. Manusia sudah lupakah yang rezeki yang Allah berikan senang benar ditarik balik. Bila-bila masa. Moga yang bertanya atau bercerita rezeki masing-masing itu benar-benar ikhlas dan bukan bersuara di atas niat riak. Nauzubillah. Selebihnya saya harap mereka mendoakan rezeki yang lebih ke atas kami. Amin



Benar kami bahagia dengan cahaya mata yang seorang ini.

Pstt... kadang-kadang terpikir ye.. pasangan yang belum beroleh zuriat lagi la menanggung rindu dengan kehadiran si kecil. Insya Allah gandakan usaha kalian. Eh mari kita sama-sama berusaha dan berdoa agar diperoleh beberapa si kecil untuk membekalkan doa kepada kita bila besar kelak.

Amin

No comments: