Selalu bermain di fikiran saya...
Sentiasa...
Hati teringin untuk mencari kekayaan...
Memberi kesenangan kepada anak serta kaum keluarga...
Sentiasa...
Akal ingin merancang...
Untuk melihat dunia...
Atas alasan..hidup hanya sekali...
Jelajahla ke hujung dunia...
Terokalah sepuas-puasnya...
Sentiasa...
Nafsu menguasai diri..
Merasakan tidak puas..
Dengan apa yang dimiliki....
Tetapi pernah kah kita terfikir..
Sebanyak mana pun harta yang kita kumpul..
Sejauh mana pun kaki melangkah..
Setinggi mana pun keinginan kita..
Bila ajal menjemput.. adakah kita bersedia ke alam yang kekal di sana...
Banyakkah amalan untuk kita jadikan bekalan di alam yang tiada penghujung masanya...
Banyakkah saham kita di dunia untuk kita jadikan jaminan kita di alam barzakh dan akhirat kelak...
Bukan untuk menakut2kan semua..
Cuma ketakutan ini sentiasa bermain di fikiran saya..
Menjadi tanggungjawab untuk saling kita mengingati...
Jadi sebelum segalanya telah terlambat..
Marilah kita cuba mengumpul harta akhirat sebanyak yang kita mampu..
Kerana di sanalah tempat kita yang kekal..
Bak bicara seorg ustaz yang pernah saya dengar ceramahnya tempoh hari....
'Apalah sangat harta dunia yang kita banggakan..Harta itu hanya dapat kita nikmati sebentar sahaja sebelum kita dipanggil menghadapNya... Bersyukurlah dengan apa yang ada.. dan berusahalah mengumpul saham akhirat yang lebih kekal. Hidup dalam kerunsingan, kealpaan dan ketamakkan mengejar harta juga dapat menyumbang kepada kependekan usia kita.. iaitu seperti ditimpa penyakit jantung dsb..
Jadi marilah kita bersederhana, bersyukur dgn kurniaan-Nya dan menikmati manisnya iman dan ketenangan jiwa dengan beribadah kepada Allah. Dengan jalan hidup seperti ini, hati akan bahagia dan bersyukur dengan apa yang dimiliki'
Semoga kita berada di dalam golongan orang-orang yang diberikan kesedaran.
Amin
No comments:
Post a Comment