October 5, 2011

Geng kembara ke Langkawi Part 1

Perjalanan kali ini ke destinasi Langkawi. Selama 3 hari 2 malam. Kembara ini membawa ibu mertua dan adik-adik ipar melancong di pulau lagenda terkenal, Pulau Langkawi. Mama saya pun sibuk2 mahu ikut. Kita kasi peluang mama ikut dengan membeli satu lagi tiket flight.. hehehe.Dhia pula mmg sudah tak sabar mahu ke Langkawi. Dari sepagi hari kejadian, bukan main excited dia mahu naik kapal terbang.. Sudah lama rasanya dia tidak naik kapal terbang...sudah setahun ada rasanya ...kita kasi peluang la pada dia kan... seawal pagi dia sudah siap-siap barang semua..jam, sling bag..(termasuk kertas budget gi pasar saya pun dia sumbat dalam bag sling dia..), dan juga calculator scientifik....motiffffnya bukk????? ( anakku oh anakku). 

Mari lihat cik dhia yang ceria

'
'
'
'

'
'

'
'

'
'

Gedikkkk kan...

Riangnyaaa dalam hati..heheh

Yippie yaaaaa

Mama nak interprem... hehehehe

Siap punya siap..molek-molek selepas asar, pukul 5pm kami bergerak ke LCCT sebab flight pukul 745pm. Tunggu punya tunggu.. keluarlah announcement... flight malam itu adalah delay. Pukul 820pm baru kami terbang ke Langkawi. Nasib baiklah mahu sampai Langkawi itu sebentar shj.. jadi dlm pukul 915pm sudah sampai. Alhamdulillah selamat. Ambil kereta dan sertai adik ipar and wife utk dinner. Makan-makan. Balik homestay. Tidor. Penat adalah disebabkan berkampungan di LCCT aje. Esok sahaje la kami berjalan bukan?

Esoknyaa...kita sarapan dulu... hehe percotian adalah adalah sama makna dengan riang ria, cari makan , shopping dan jalan-jalan. Di Langkawi semuanya ada kan dan best sebab en. Wan(adik ipar) bawa menikmati tempat makan yang murah + lazat  and tempat jalan yang best + free + berkongsi tempat menimba pengalaman dan ilmu di langkawi....sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang guru.

Nasi lemak yang cdap..


Bak kata suami.. Helang adalah sakit (tgh renovation plak)..so tgkp gambar kt sini je lah

 90% rombongan. Suami sdg tangkap gambar. Kurang 10%. Ngee

Tanpa buang masa yang sedikit tu, kami terus selesaikan shopping apa yg patut dulu seperti di Idaman Suri(mestila takde gambar.. borong + rempuh org ramai), Haji Ismail Group - choc hunting and Nusantara Minyak Gamat - Minyak Gamat hunting.



Murah kan


Kemudian pencarian lokasi makan tghari pun bermula. Kami berhenti makan di Muara Ikan Bakar di simpang ke Temoyong. Agak terpencil tetapi enak dan murah. Rasanya tempat ini terkenal dikalangan penduduk tempatan shj. Alhamdulillah kenyang ye semua. Bayangkan 10 orang makan dengan agak byk termasuk 4 ekor ketam, 3 ekor ikan bakar dan lauk2 lain hanyalah RM40 shj. Tempat ini diperkenalkan pada saya oleh teman saya (Suraya namanya) sewaktu vacation kami yang terdahulu di langkawi. Time itu saja makan 2 org hanyalah RM8!! Dia dengan bangga memberitahu tempat makan di tepi muara yang enak dan murah ini juga turut dikunjungi oleh krew TV3 untuk siri JJCM. Hehe.


Lepak kejap di tepi muara


Happy + kenyang face

kan dah cakap kan.. kenapala dia pi bawak calculator scientifik tu...

Singgah sebentar di luar Makam Mahsuri. Mulanya teringin masuk tapi melihat deretan pelancong yang turun dari bas membantutkan niat kami. Singgah sebentar di Masjid baru untuk solat jamak dan teruskan destinasi kami.

Tanpa berlengah lagi.. kami di bawa ke galeri pameran kraftangan oleh en. Wan. Dia mmg selalu ke galeri kraftangan ini atas urusan kerja. seronok sungguh kami di sini. Lengang berikutan kekurangan pengunjung membuatkan kami lepak lama-lama di situ.. hehe suka..

cantik kan
mak menjadi model kraftangan suratkhabar...hehe

Siapa ituuuu


Bapa mithali dan suami penyayang.. alhamdulillah





best lepak kat sini tgk diorg lukis batik.. lalalala

Kemudian kami di bawa ke tempat membuat kristal. Owner dan staff dia merupakan rakan en. Wan. Ini merupakan pengalaman baru buat kami. Seronot banget dong :).




Entrance

Hasil yang telah siap

Cara-cara membuat kristal secara ringkas ya... yang asasnya adalah seperti berikut:

  1. Kristal dipanaskan dalam relau dan dikeluarkan untuk dicampur dengan pewarna untuk hasil dalaman.

 Kemudian di masukkan semula dalam relau dan dikeluarkan untuk di bentuk pula..


Bentuk-bentuk kristal perlu di buat sepantas kilat iaitu hanya dalam tempoh 1 minit perlu siap selepas keluar dari relau. Pantas dan mahir kan mereka ini.

Nah... kan dah jadi bentuk swan kan??? terer kan. Setelah bentuk swan lengkap siap.. swan kristal itu dimasukkan ke dalam oven untuk disejukkan..

Hasil yang telah siap

Indah kan.... huhuuh sebijik ini berharga RM45.tidak termasuk anak2 itu.


Alamak .. sudah pukul 11. 54pm.. Sambung nanti ya. Mahu rehat dan tidur

***pssttt.. suami saya mahu ke UUM untuk hadiri konvo adik ipar. 2 hari tidak berjumpa la kami... Rindu la nanti pasti. Mengada? Tak pe. Rindu pada suami sendiri kan. Cepat balik ke pangkuan ku ye abang. Hehe

nite nite semua

2 comments:

kakida said...

wahhh ke langkawi lagi yer..best sgt kalu gi ngan family dan org tersayang.suka tgk gambar2 huda..byk tempat yg tk pergi lagi wlaaupun dh 3/4 kali gi langkawi.heheh

Lovely us said...

samala k ida.... ni pun nasib wan yang bawak..kalau harap kita...situ je la ditujunya...btol kann