October 22, 2011

Gambatte


Berbekalkan secawan Nescafe.. dengan suami dikejauhan (reunion bersama-sama classmatenya di Kukup..berat hatinya hendak pergi sebab dhia adalah demam.. tapi ni annual reunion classmate Starnya.. ada yang lama tk berjumpa.. dan lawatan tahunan beramai-ramai melawat rakannya yang lumpuh setelah bermain dipertandingan ragbi,jadi tidak elok dibatalkan pula..pergila sayang.. kurelakan ko terbang.. kekeke) dan Dhia yang demam (kerisauan saya yang melampau disebabkan skrg ni demam budak2 sangat merbahaya)..mlm semalam dan pagi ni shj sy terpaksa menyumbatkan ubat bontot sebab suhu dhia yang agak tinggi. Tapi skrg suhunya kurang sedikit. Lega. Cepatla sembuh syg. Mama risau ni.

UPDATE
Owh gambatte pada saya kerana saya akan menyelesaikan perkara-perkara di bawah:

  1. Budget + Next vacation (papa mahu kami temankan dia bercuti..dah lama tak bercuti dengan cucu.. katanya..tapi dari side kami masih perlu budget allocation bukan?)
  2. Mahu buat kerja yang sangat banyak (kerja kantor. Wish me luck!!) STILL!!!
  3. Mahu buat list barangan rumah yang banyak kehabisan. Kalau ada kesempatan..malam ini akan ke Econsave bersama maid dan Dhia..tapi kalau demam Dhia tidak surut.. esok sahaja udah.Tak elok pula keluar malam-malam kan. Lagipun skrg malam sahaja hujan.
  4. Pukul 12 tghari..kasi Dhia makan dan ubat demam dan air kosong (ini sentiasa). dONE
  5. Pukul 3pm .. antibiotik 2.5ml lagi DONE
  6. Mahu layan Korea yang dirindui (oh lee min ho!!!!) Ini adalah victory bagi segala kerja yang selesai. Victoryyyy!!!!
Harap semuanya dipermudahkan. Amin

October 17, 2011

Grey's Anatomy

Lama sungguh tak melayan Grey's. Rindu. Sungguh. Tak tipu bak kata Dhia. Last viewed adalah Grey's Season 7 Finale. So conflict. Sad ending. Paling ingat part Derek dissapointed dengan Meredith and Meredith had to survived with their adopted daughter Zola. Alone. For her 1st night with Zola.The rest.. Kehilangan memori terhadap series ini. Busy. Lupa sebentar pada Grey's yang dirindui.

Tadi browse punya browse... saya melihat telah ada season 8 lah.. Harus saya memaksa secara lembut (ada ke ayat begini) pada suami saya yang sangat baik hati dan rajin menolong (kalau dia baca lah blog ini) untuk mendownload season 8. Tolongla abang.. dah kangen banget sama Grey's dah....plis plis plis...

Kenapa ye saya suka Grey's?? Mari kita lihat antara sebab-sebab yang di buat...

  • Pemain layarnya adalah yang gorgeous dan kacak shj.. ngeeeee. Ada ke doc. segorjes dan sekacak itu. Igt..semua itu tidak kekal lama dan hanya sekadar citer shj(chewahhh)
  gorjes bukan??? 
  •  Story line yang so well motivated, educated and tak meleret-leret. Those aims and straight forward goal. Make me so determined of what I'm try to win and achieve. Takkn kita takde aim and goal kot.. takkan nak biarkan golongan doctor je terus maju.. kita juga perlu melangkah jauh ke depan. Mereka bukan aim sekadar menjadi doctor biasa shj.. mereka aim nak jadi specialist.. neuro surgeon yang successful.. pakar bedah yang berkemahiran tinggi. kita?? terus di takuk yang sama sampai bila-bila je? setakat pergi keje and balik keja je ke? mana boleh begitu dong.. so bila saya rasa malas.. saya akan memotivasikan diri saya dengan menonton Grey's. InsyaAllah akan jadi rajin sedikit. Pelik ke? Lantaklah kan.. hehe

cute zola

  • Good friendship bonding. Suka sangat tgk friendship between Meredith and Yang. They'd covered each other' ass. Bukan backstab ye. Suka suka suka.
bff

  • last but not least.. (sebab tak tau nk cari alasan apa lagi kan..) I just love to watch Grey's Anatomy.This series boost up my strength.. gambatte... go go to be a fighter.. to like challenges.. never think to give up.. and sesusah mana pun ur challenges.. ada lagi challenges yang lebih susah (doc kena berhadapan dengan nyawa tu... hidup mati org tu.. aku ni setakat equipment down pun nak kecoh.. kekekeke)
  • Kalau rajin.. download la ek.. u wont regret .. **promote lak..hehe

daaaaaaaaa....

October 16, 2011

To let go

Tengah kemas-kemas barang dhia.. Nampak kasut clark ni..Daripada disimpan.. baik let go shj..

Size 8 1/2
(sesuai untuk kegunaan kanak-kanak perempuan 3-4 tahun)

Still in good condition

Time beli RM135

To let go RM50 shj (tidak termasuk postage)

Sapa berminat, email me ya : hud_hud_405@yahoo.com




Sukanya dia....

Di suatu petang yang hening
Kejadian di minggu lepas..
Tapi sedih.. balik dari lalalala.. dhia demam..pasni kita takyah kuar sampai malam lagi ye sayang...

Mari kita cuci mata..







Nak lagi tak?? Nanti later-later kita ngulang lagi ye......

October 14, 2011

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to

Pasti ini... suka , tenang dan insaf.

Mencari redha Illahi


Hi gorgeous...

It's already friday everyone!! Du...How time realy flies.. And i still dont get any chance to write anything for this week. Chewah.. mcm reporter or writer gitew.. tapi best rasanya mengupdate bersama-sama seiring sejalan dengan blogger2 yang dicintai.. bukan tak mahu update blog kesygn.. ttp tiada masa yang cukup. masa tetap ada..tetapi tidak cukup untuk buat kerja2 santai. kerja santai yang menghiburkan. ngee

anyway saya mahu cerita... dhia telah diserang demam teruk. kejadiannya agak mistik. di suatu malam..bersama-sama dhia menunggu babah habes kelas malam di U&%.. kami parking kereta dan tunggu dalam kereta sahaja masa itu. kemudian dhia menegur ketakutan bila melihat satu pokok besar di fakulti $*k%m....

"mama...seramlah pokok tu...." "bibie...jangan tegur sebarang...." seram sejuk sudah masa ini..

kemudian sampai-sampai rumah, dhia terus demam. tidak mahu percaya mistik? silakan. heh.

Dugaannya..keesokan hari terpaksa ke Melaka atas urusan kerja..maka kerja menjaga pesakit dikuasai oleh babah. Terima kasih babah menghantar dhia ke Annur.. demam agak kebah setelah menerima kemasukan ubat bontot..hehe..terima kasih abah kerana belikan 100plus.. sayang abah !!! **tibe2...

Next week agak tough week juga.. isnin di KL seharian, tugas ya..bukan santai.. Selasa di PJ.. rabu relaks sikit dan Khamis ada awareness....Boss... mahu cuti jumaat boleh? Terima kasih bos... (in advance..huhu)

Doakan saya ya. Saya tidak mahu heart attack atas kerja2  kantor yang tak penah sudah. Tidak mahu stress memikirkan budget rumah. Tidak mahu stress dengan apa-apa atau sapa-sapa? heh ada ke????

Hanya mahu tenang dan bahagia... Insya Allah Amin.

**mari pergi Ikea...tibe2...

Sehingga menulis lagiii.... daaaaaaaaaaaaaaaaa

October 10, 2011

Deritaku ini


Tajuk mesti lah tak boleh blah
Derita karna sejak pagi lagi..
Angin menyerang bergulung-gulung dalam perut...
Perut adalah sebu dan kehendak mengentot adalah tinggi

Kemudian.. kerja adalah banyak
Tapi perasaan malas juga adalah tinggi...
Karna hard disk adalah kong...
Dan email adalah ting tong...
Cepatla Sapura.. baiki notebookku ini..
Huwaaa

Derita derita

Pasrah saja lah

Daaaaa..........................

October 5, 2011

Langkawi Part 2

Sambung sket lagi meh....

Lepas jalan-jalan tgk kristal in the making..Layan pisang goreng di dalam kete..banyak sangat jual pisang goreng di tepi2 jalan, my mama aka emak pun rasa teringin dan membeli. sedang syiok bedal pisang goreng, tiba2 en Wan berhenti di tepian lautan. Laksa Power here we come.. hehehe tula dia berjalan, makan, makan , berjalan

Cik Dhia tak mahu makan. Kenyang la konon. Dia dh baham pisang goreng banyak dalam keter tadi. Layan angin je ye dhia.



Hehehehe
nom..nom..nom..

Kemudian ke pantai kita...... yippieee yahooo

Cenang Beach

                           Ombak besar tu so tk sesuai nk mandi manda



Besarkan ombak?? tatotttt



Kan best kalau dapat g pantai mcm ni punya tenang setiap hari... ini yang verangan nk hijrah ke Langkawi ni.. Koleksi pinggan mangkuk pun pasti cangguh manggih.. hehehehe

Eh eh sapa jogging tu... Bolan laaaa... nak jaga badan la tu untuk persiapan hari bahagia.. cecece

Besan aka mama emakku :)

Kemudian...senja itu kami pulang ke homestay untuk rehat-rehat dan pelbagai lagi la kan. Pada yang tak serik2 mahu bersopping (itu adalah mama saya), saya dan suami telah meneman mama untuk sambung shopping lagi malam itu. yang lain surrender sudah.
Malam itu pada sapa yg lapar..kita layan maggi sambil tgk national treasure...muahahaha

Esok adalah keberangkatan pulang..

'
'
'

Langkawi Airport



'
'
'

'
'
'
'

'
'
'

'
'
'

'
ahli jemaah yang menunggu pesawat...
'
'
'


'
'
'
dah sampai pun pesawat kami
'
'
'
'
'

'
'
'

'
eh salah la pulak
'
'
'

'
'
'
'


'
'
'

'
'
yang ini baru betoiiiiiii
'
'
'

''

'
'
'
'

'
'



Tata Langkawi....till we meet again yaaa

Sayonara..muahs muahs

Geng kembara ke Langkawi Part 1

Perjalanan kali ini ke destinasi Langkawi. Selama 3 hari 2 malam. Kembara ini membawa ibu mertua dan adik-adik ipar melancong di pulau lagenda terkenal, Pulau Langkawi. Mama saya pun sibuk2 mahu ikut. Kita kasi peluang mama ikut dengan membeli satu lagi tiket flight.. hehehe.Dhia pula mmg sudah tak sabar mahu ke Langkawi. Dari sepagi hari kejadian, bukan main excited dia mahu naik kapal terbang.. Sudah lama rasanya dia tidak naik kapal terbang...sudah setahun ada rasanya ...kita kasi peluang la pada dia kan... seawal pagi dia sudah siap-siap barang semua..jam, sling bag..(termasuk kertas budget gi pasar saya pun dia sumbat dalam bag sling dia..), dan juga calculator scientifik....motiffffnya bukk????? ( anakku oh anakku). 

Mari lihat cik dhia yang ceria

'
'
'
'

'
'

'
'

'
'

Gedikkkk kan...

Riangnyaaa dalam hati..heheh

Yippie yaaaaa

Mama nak interprem... hehehehe

Siap punya siap..molek-molek selepas asar, pukul 5pm kami bergerak ke LCCT sebab flight pukul 745pm. Tunggu punya tunggu.. keluarlah announcement... flight malam itu adalah delay. Pukul 820pm baru kami terbang ke Langkawi. Nasib baiklah mahu sampai Langkawi itu sebentar shj.. jadi dlm pukul 915pm sudah sampai. Alhamdulillah selamat. Ambil kereta dan sertai adik ipar and wife utk dinner. Makan-makan. Balik homestay. Tidor. Penat adalah disebabkan berkampungan di LCCT aje. Esok sahaje la kami berjalan bukan?

Esoknyaa...kita sarapan dulu... hehe percotian adalah adalah sama makna dengan riang ria, cari makan , shopping dan jalan-jalan. Di Langkawi semuanya ada kan dan best sebab en. Wan(adik ipar) bawa menikmati tempat makan yang murah + lazat  and tempat jalan yang best + free + berkongsi tempat menimba pengalaman dan ilmu di langkawi....sesuai dengan kerjaya beliau sebagai seorang guru.

Nasi lemak yang cdap..


Bak kata suami.. Helang adalah sakit (tgh renovation plak)..so tgkp gambar kt sini je lah

 90% rombongan. Suami sdg tangkap gambar. Kurang 10%. Ngee

Tanpa buang masa yang sedikit tu, kami terus selesaikan shopping apa yg patut dulu seperti di Idaman Suri(mestila takde gambar.. borong + rempuh org ramai), Haji Ismail Group - choc hunting and Nusantara Minyak Gamat - Minyak Gamat hunting.



Murah kan


Kemudian pencarian lokasi makan tghari pun bermula. Kami berhenti makan di Muara Ikan Bakar di simpang ke Temoyong. Agak terpencil tetapi enak dan murah. Rasanya tempat ini terkenal dikalangan penduduk tempatan shj. Alhamdulillah kenyang ye semua. Bayangkan 10 orang makan dengan agak byk termasuk 4 ekor ketam, 3 ekor ikan bakar dan lauk2 lain hanyalah RM40 shj. Tempat ini diperkenalkan pada saya oleh teman saya (Suraya namanya) sewaktu vacation kami yang terdahulu di langkawi. Time itu saja makan 2 org hanyalah RM8!! Dia dengan bangga memberitahu tempat makan di tepi muara yang enak dan murah ini juga turut dikunjungi oleh krew TV3 untuk siri JJCM. Hehe.


Lepak kejap di tepi muara


Happy + kenyang face

kan dah cakap kan.. kenapala dia pi bawak calculator scientifik tu...

Singgah sebentar di luar Makam Mahsuri. Mulanya teringin masuk tapi melihat deretan pelancong yang turun dari bas membantutkan niat kami. Singgah sebentar di Masjid baru untuk solat jamak dan teruskan destinasi kami.

Tanpa berlengah lagi.. kami di bawa ke galeri pameran kraftangan oleh en. Wan. Dia mmg selalu ke galeri kraftangan ini atas urusan kerja. seronok sungguh kami di sini. Lengang berikutan kekurangan pengunjung membuatkan kami lepak lama-lama di situ.. hehe suka..

cantik kan
mak menjadi model kraftangan suratkhabar...hehe

Siapa ituuuu


Bapa mithali dan suami penyayang.. alhamdulillah





best lepak kat sini tgk diorg lukis batik.. lalalala

Kemudian kami di bawa ke tempat membuat kristal. Owner dan staff dia merupakan rakan en. Wan. Ini merupakan pengalaman baru buat kami. Seronot banget dong :).




Entrance

Hasil yang telah siap

Cara-cara membuat kristal secara ringkas ya... yang asasnya adalah seperti berikut:

  1. Kristal dipanaskan dalam relau dan dikeluarkan untuk dicampur dengan pewarna untuk hasil dalaman.

 Kemudian di masukkan semula dalam relau dan dikeluarkan untuk di bentuk pula..


Bentuk-bentuk kristal perlu di buat sepantas kilat iaitu hanya dalam tempoh 1 minit perlu siap selepas keluar dari relau. Pantas dan mahir kan mereka ini.

Nah... kan dah jadi bentuk swan kan??? terer kan. Setelah bentuk swan lengkap siap.. swan kristal itu dimasukkan ke dalam oven untuk disejukkan..

Hasil yang telah siap

Indah kan.... huhuuh sebijik ini berharga RM45.tidak termasuk anak2 itu.


Alamak .. sudah pukul 11. 54pm.. Sambung nanti ya. Mahu rehat dan tidur

***pssttt.. suami saya mahu ke UUM untuk hadiri konvo adik ipar. 2 hari tidak berjumpa la kami... Rindu la nanti pasti. Mengada? Tak pe. Rindu pada suami sendiri kan. Cepat balik ke pangkuan ku ye abang. Hehe

nite nite semua