api, diri sentiasa perlu diingatkan bahawa aku hamba yang punya banyak kekurangan. Semoga sempat mengejar waktu mempersiapkan diri menghadap-Nya kelak. Amin
Cukupkan bekalan ibadatku? Tepuk dada tanyalah diri.
Kekangan kerja..tanggungjawab duniawi...hiburan sementara..membuatkan aku sentiasa terleka.Bagaimanakah kita dapat menghambakan diri sepenuh jiwa raga kepada-Nya jika setiap ingatan kita dipenuhi dengan beban tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Lalu terjadilah ibadat yang tidak sepenuh hati. Di sini perlunya rasa sedar bahawa kita ini hamba Allah yang hina. Takutkah kita pada Tuhan pencipta? Mana lebih takut dari tidak sampai ke destinasi percutian atau berbelanja di shopping mall atau slides presentation mahupun report yang perlu dihantar? Yang mana lebih UTAMA? Klasifikasikan la sendiri.
Tepuk dada ukurlah iman.
Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti dia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)
Ya Allah.. telah ditunjukkan jalan yang terang dan jelas untuk wanita ke syurga. Tidak seberat tanggungjawab lelaki. Hanya perlu jaga solat, aurat dan maruah serta taat kepada suami..nah...pilihla pintu syurga mana yang mahu kamu masuki. Semoga kita dapat memenuhi tuntutan ini skali gus menjadikan kita muslimah yang sempurna. Amin
Worldly life is very short yet Hereafter is forever. It's worth to bear the hardship in this short life now if it leads us to the better place in Hereafter.
No comments:
Post a Comment