December 1, 2008

Selamat Hari Lahir Sayang









04 December 2008

Kini genap 2 tahun dhia wujud dalam dunia mama.. Tiada harta yang paling bernilai dalam hidup mama selain dhia.. Memikirkanmu sahaja, pasti mama rasa bahagia.. Mama rasa tidak puas melihat dhia membesar.. kerana masa mama bersama dhia adalah sangat terhad. Mama hanya mampu menjagamu setiap hujung minggu..hanya 2 hari dari 7 hari seminggu...Sangat terhad.

Sedar tak sedar masa begitu pantas berlalu...Sudah setahun lebih mama berulang alik ke kampung setiap minggu kerana ingin masa bersamamu.. Setiap minggu jugala hati mama sedih ingin meninggalkanmu setiap kali melihat kau menangis di muka pintu.. Ketika itu mama pasti berdoa semoga Allah panjangkan umur mama untuk melihat anak mama kembali di minggu hadapan.. Mama sentiasa impikan peluang bersama denganmu.

Dhia Farhana..

Mama ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir yang ke 2 tahun kepada baby gurl mama ni.

Semoga dhia sentiasa dalam kebahagiaan dengan limpahan kasih sayang yang tidak terhingga dari tok bah, mak wan, mak ngah, ucu dan seluruh keluarga yang sangat menyayangi dhia.

Semoga dhia sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Semoga dhia menjadi anak yang baik dan taat.

Amin

I love you always forever..

Your beloved mama.
Huda

6 comments:

Anonymous said...

Wah, saya berada di tempat kejadian ketika gambar ini ditangkap.

Happy Birthday, Dhia~

Semoga jadi anak yang baik.

Anonymous said...

alahai..pagi2 dah syahdu..cam nak nangis pulak ni. tp best kan, sejak ada dhia cam dapat adik baru lagi sorang hehe..
teringat masa angah snap gambar dhia nak bersin x jadi tu, haha..cute2
tp first time tgk dhia berbalut kat spital nampak mcm sushi yg 3segi tu, nyummy2... whoopsss..!
Insya Allah, dhia akan membesar sihat n kuat, bijak n beriman, jadi someone yg berakhlak mulia, dan jelita (muehmueh..) amin.

Lovely us said...

Angah...

Jangan malu-malu. Sila nangis yer... :p

Shani...

Tq awak..saya pun doakan dhia jadi anak yang baik

zaini said...

eheee... gambar 2nd tu macam katun anime je :))

Anonymous said...

pakcik pon nk ucapkan hepi besday utk my lovely dhia..be a good gurl..muahhh.. :)

Anonymous said...

ye la shani...macam kenal je gamba2 ni...hehe. kejap je dah 2 tahun. happy belated birthday dhia :D