September 17, 2013

Langkawi 2013


As salam..

Langkawi lagi? yes.. saya suka Langkawi.. walau hanya percutian singkat dan santai tapi sangat menggembirakan hati saya. Bertemu si comel Ian.. anak buah yang berada di Langkawi dan Chocolate Nutella juga sangat2 murah dari harga di KL. Jadi bagaimana lagi buat saya tidak gembira.. :)

Langkawi kali ini hanya melibatkan saya, en Abang dan Dhia sahaja. Penginapan di rumah Mara di tengah2 pekan Kuah. lazat bukan?

Tapi percutian kali ini disertai oleh adik ipar dan family yang memang menetap di Langkawi. So berenam la kami ke sana sini. Makan share-share.. shopping share-share.. borak-borak.. gelak-gelak.. si Dhia sungguh enjoy di sana. 

    si comel dhia

  
mata bengkak akibat melayan grey's anatomy sampai kol 3 pagi.. huhuhu


penemptan kami di rumah Mara.. tengah2 pekan kuah. sangat lazat lokasi apartment ni selain keadaan apartment yang sngat bersih dan selesa. 

Tema percutian kali ini adalah santai. maka dalam 3hari2malam ini kami hanya sempat pergi ke pantai Cenang (lepas hasrat Dhia mahu mandi manda), Makam Mahsuri, cable car, makan laksa di airport.. Idaman Suri.. Haji Ismail Group.. dan pusing-pusing pekan Kuah. Selebihnya lepak di rumah adik ipar dan hoyeah2 dengan adik ipar.. biras dan anak buah si Ian. Mari jamu mata dengan pics yang sempat di tangkap guna hp. Santai sangat sampai camera pun lupa nak bawak.

Makam Mahsuri








cable car








laksa di area airport







esoknya di airport... masa mahu pulang..




Alhamdulillah.. after all .. kami seronok sangat. Belum mampu ke Aussie.. HongKong Disneyland.. atau byk tempat idaman kerana kami ada destinasi matlamat yang punyai top priority di hati.. InshaAllah.. tabungan in progress jadi sementara waktu ini..destinasi percutian haruslah berbudget rendah tetapi selesa.. bahagia dan gumbira.. 

oklah.. tuan puteri mahu beradu akibat penat lelah balik kerja dan setelkn tanggungjawab untuk keluarga

:) 




















  






No comments: