Salam..
Hari ini entry saya mengenai cinta. Ala.. Orang sudah kawen tak boleh buat entry pasal cinta ke? Pastilah boleh :) Takkn org bujang teruna dara saja yang sibuk bicara mengenai cinta.. Yang sudah kawen kena bicara pasal anak, masak2, online shopping/business, susu etc sahaja ke? Oh no.. Sekali sekala entry feeling-feeling ini wajib ada :)
Cuma kali ini bukan kisah cinta saya yang ingin diusik-usik tetapi satu isu yang ingin disentuh..
Benarkah cinta itu sakit?
Saya rasa benar.
Cuba renungkan ya...
Jika terasa rindu.. Sakitnya apabila menanggung bebanan rindu yang menggebu..
Jika hati berdebar-debar.. Sakitnya sehingga dada berombak dan terasa sukar bernafas..(dasyat kan :))
Jika cinta tak dapat terucapkan... Sakitnya pula untuk memendam rasa..
Jika kecewa akibat cinta... Sakitnya hanya Allah yang tahu..
Jadi bahagianya hanya cuma bila cinta kita tak bertepuk sebelah tangan (tapi part ini mmg bahagia amat kot?)
Nahh.. Banyak sakit dari bahagia cinta itu kan.. :)
Tapi hidup akan jadi tawar tanpa cinta.
Tidak percaya?
Tengok saja drama2 cinta terutama dari novel-novel cinta pasti hits menjadi santapan walaupun episode panjang berjela. Filem-filem cinta seperti Titanic, The Notebook & Kuch Kuch Hota Hai tidak pernah jemu ditonton. Hampir semua element media ada unsur cinta.
Semuanya kerana kita ingin merasakan kehangatan sebuah cinta.
Maka oleh itu.....
Bersakitlah kamu kerana cinta :)
*** gambar tiada kena mengena. Tabung terbaru saya :)
No comments:
Post a Comment