June 18, 2012
Ucapan Hari Bapa
Selamat hari bapa untuk semua insan bergelar bapa. Untuk papa dan my hubby. Selamat hari bapa. Hanya anda yang tahu dan merasakan betapa pentingnya anda berdua kepada saya. Untuk papa saya, susah senang dan jerih perih hidup kita sekeluarga dari kecil sehingga kami dewasa.. Hanya kita yang tahu. Kenangan indah dari kecil sehingga dewasa tidak akan saya lupakan. Dikala rakan-rakan kehilangan bapa, saya turut teresak. Dikesempatan kami sama-sama masih bernafas, saya lantas sms papa "papa, kak long sayang papa.. Papa tolong jaga kesihatan papa dgn mama ye.. Nanti kita pergi check up sama-sama""ok long" balas papa ringkas. Entah apa yang papa fikir yang penting papa tahu saya syg dia sgt2. Saya berharap papa dan mama akan sihat dan sempat bersama-sama untuk melihat Dhia berumahtangga. Amin. Untuk suami yang paling saya cintai.. Abang ialah seorang suami dan abah yang sangat baik. Saya pun tak boleh jadi sebaik abang menjaga Dhia. Abang sangat penyabar melayan karenah kami. Alhamdulillah kami bahagia.. Kini dan InsyaAllah selamanya. Amin. Untuk arwah bapa mertua, terima kasih kerana menjadi bapa yang sangat baik sehingga berjaya menjadikan suami saya seorang yang baik dan berjaya dalam hidup. Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment