June 30, 2012
Lepak @ Seri Malaysia
Mula2 survey PD dan Melaka tapi semua full. Last2 dapat Seri Malaysia Ayer Keroh. Not badla. Kami dapat mandi pool pkl 3 pm. And tkde org. Cuaca pun redup2 ajer sebab baru lepas hujan
Short break
Phew..lama tidak hupdate blog. Hehe. Bz sokmo. Ni tgh short vacation. Otw ke Melaka. Sempat kalu, macam mahu update sikit-sikit lah.
June 18, 2012
Ucapan Hari Bapa
Selamat hari bapa untuk semua insan bergelar bapa. Untuk papa dan my hubby. Selamat hari bapa. Hanya anda yang tahu dan merasakan betapa pentingnya anda berdua kepada saya. Untuk papa saya, susah senang dan jerih perih hidup kita sekeluarga dari kecil sehingga kami dewasa.. Hanya kita yang tahu. Kenangan indah dari kecil sehingga dewasa tidak akan saya lupakan. Dikala rakan-rakan kehilangan bapa, saya turut teresak. Dikesempatan kami sama-sama masih bernafas, saya lantas sms papa "papa, kak long sayang papa.. Papa tolong jaga kesihatan papa dgn mama ye.. Nanti kita pergi check up sama-sama""ok long" balas papa ringkas. Entah apa yang papa fikir yang penting papa tahu saya syg dia sgt2. Saya berharap papa dan mama akan sihat dan sempat bersama-sama untuk melihat Dhia berumahtangga. Amin. Untuk suami yang paling saya cintai.. Abang ialah seorang suami dan abah yang sangat baik. Saya pun tak boleh jadi sebaik abang menjaga Dhia. Abang sangat penyabar melayan karenah kami. Alhamdulillah kami bahagia.. Kini dan InsyaAllah selamanya. Amin. Untuk arwah bapa mertua, terima kasih kerana menjadi bapa yang sangat baik sehingga berjaya menjadikan suami saya seorang yang baik dan berjaya dalam hidup. Al-Fatihah.
June 17, 2012
Dapur ku berasap sentiasa - by Dhia
Benda alah ni la yang dhia rembat di Nilai 3 hari tu. Bukan main melekat lagi dengan benda alah ni hujung minggu ni.. Dokla masak macam-macam.. Sup la.. Maggi la.. Kek la.. Roti bakar semua ada.. Menjerit2 carik periuk dia satu dah ilang. Pastu siap walkie talkie nak tanya abah dia utk order food. Lawak betul... Jangan nanti dah besar kamu malas masak pulak ye sayang.
Pengakuan ikhlas dhia
"mama.. Bibi rasa tk pyh la mama kurus" "eh kenapa yer?" "sebab kalau kurus.. Mama keras.. Mcm sekarang lembut sangat...bibie suka polok..." adoyaiii anakku
June 16, 2012
June 12, 2012
Tipuan2 sunat yang berhemah
Di suatu petang yg mulia.... " mama.. Bie tak suka la duk taska" dhia bersuara dgn muka sedih. Ai mula la gelabah kn ... "kita amek bibikla mama" adoi gimana nih "bie.. Dulu mama pun duk taska gak" tipuan sunat bermula... "yeke mama?" "iyer.... Mak keje kilang masa tu.." tipuan sunat ke2... "ooooo....." "kita sama je.. Bibie jadi kuat eh.. Jgn sedih2.. Jadi mcm mama..." "ok mama .. Bibie cuba" rheh nasib baik. Today dah 3rd day and semakin hari semakin baik. Alhamdulillah ...
June 7, 2012
Bila
Bila mahu mula membaca ni... Terima kasih pesta buku. Walaupun kecil tapi harga buku adalah menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)