May 15, 2012

Sulastri

Erm bagaimana mahu saya mula. Sulastri minta izin mahu jumpa tunangannya di Seremban sabtu lepas. Sabtu itu kebetulan, semua berada di Kuala Pilah menyambut hari jadi mama. Pada 1100 pagi hari Sabtu "bila mahu berangkat ni las, nanti lambat pula mahu ketemu tunangmu" "bentar lagi bertolak klong" "kalau begitu,ikut klong saja, klong memang mahu ke pilah ni" "baiklah" Dalam perjalanan, sempat saya hulur RM5 kepadanya. "duit tambang bas" bisik saya. "makasih" Balasnya. Itulah kali terakhir saya melihat kelibat Sulastri. Bagai tak percaya melihatnya pergi tak kembali2. Petang sabtu itu saya ada hubungi dia bertanyakan masa pulangnya. Dia beritahu dia bermalam di luar. Saya meninggikan suara mintanya pulang segera. Janji hanya sebentar sahaja tapi lain pula jadinya. Lantas, terus saja Hp dioffkan dan hanya on hari isnin shj. Bila si adik berjaya menghubunginya, dia beritahu enggan pulang. Adiknya, Supayah menangis2 menahan malu. Kenapa kerana lelaki itu kau lupa tujuan asal ke Malaysia. Tambah menyedihkan, lelaki itu bukan tunangannya. Kenapa terlalu banyak penipuan kau buat? Masih ingat entry saya di Hosp Kajang tempoh hari? Ketika itu saya menemani Supayah mencuci perut akibat menelan pil antibiotic dan paracetamol sbyk 20 biji. Nasib sempat dia selamat. Dalam masa yang singkat, saya berhadapan dengan 2 ujian besar. Kenapa saya ungkap ujian besar? Kerana saya sayang kedua duanya. Partner in crime bershopping, bergosip, buat kuih, mengemas, layan cerita Indon, berspa di rumah etc. Kerana malu mahu pulang sbb bermalam secara bebas, kamu off hp dan enggan pulang. Sekarang kamu asyil telefon sana sini tanya khabar adikmu. Maaf, tiada ruang di rumah ini lagi buat kamu. Carilah kerja yang bisa menawarkan kamu tempat tinggal yang selesa, makanan yang enak, drama sinetron yang bisa ditonton dan gaji yang lumayan. Kerana perbuatanmu ini, adik kamu pun tidak mungkin kamu ketemu. Saya marah + kecewa + sedih sekali sama kamu. Bagi saya, kamu bukan sekadar orang Indonesia, kami sayang kamu dan anggap seperti saudara sendiri tapi kamu juga manusia biasa yang tak sunyi dari kesilapan. Semoga kamu sukses dengan kerja baru. Amin

2 comments:

SMH said...

Saya kurang ngerti buk.siapa yg makan pil,siapa yang lari-in.mohon perjelas buk

Lovely us said...

om hatta,

maid saya yang lari/kabur...maid ibu saya telan pil sebab malu kakaknya lari..hehe