March 28, 2012

Bicara dengan sopan

Salam semua. Tiba-tiba terasa mahu bicara. Saya penat. Penat dengan kerja yang tidak pernah putus. Penat dengan ilmu yang belum sempat dikuasai. Penat sehingga terasa masa seperti tidak mencukupi. Taip jika difikir-fikir,semua ini hanyalah urusan dunia sahaja..Buat sahaja mana yang mampu selagi kudrat mengizinkan. Urusan ini tidak akan pernah selesai ye..Pandai-pandai kita menghandlenya. Jangan sampai main cable putus. Semua tau batas kemampuan masing-masing. Hati-hati ya. Tapi kan...kadang-kadang akal berangan-angan...

Ya..Berangan-angan seperti mahu berada kembali di kawasan tanah tinggi yang sejuk itu.. sambil berehat badan dan minda. Menikmati hot chocolate bersama suami dan anak tersayang..owh...dengan selingan buah-buahan strawberry yang so yummy...Kemudian kita breeze walk ke Butterfly Farm..ataupun Bee Farm atau pun Tea Farm.. Owh indah minum Earl Grey tea dalam keadaan sejuk..so refreshing...Malam pula..kita cari steamboat..mahu? Sudah pasti. Untuk getaway vacation seperti ini..tidak perlu ke luar negeri.. Penat mahu kumpul duit berkepuk-kepuk..lebih baik simpan saja untuk umrah ataupun haji dahulu..kemudian baru fikir ke destinasi lain yang bernilai yang sama..Jadi untuk percutian budget dan bahagia..di dalam negara sahaja sudah cukup indah...makanan dijamin halal.. tandas yang bersih  ada paip senang dicari...oh mudah...
Atau kan...juga terfikir.. seperti mahu berada di tepian pantai..melihat matahari terbenam..mendengar deru ombak yang tak henti menghempas pantai dan melihat lautan terbentang sambil memuji kebesaran Allah. Subhanallah Subhanallah. Tenang. Hilang juga segala masalah. Sambil main-main di gigi pantai.. juga boleh breeze walk. Malam pula kita cari seafood. Sudah pastilah...nama juga bercuti di pantai..Pasti banyak kedai makan yang offer seafood. Pagi-pagi boleh teman si Dhia mandi pool. 1 jam saja sudah buat dia kecut.. barula terkejar-kejar ke bilik hotel minta susu. hehe

Nantila nanti..angan-angan sudah ada. Pasti akan direalisasikan. Cuma bukan sekarang. Sekarang tumpuan hanya untuk tugas yang sedia menanti..suami yang akan menduduki mid-sem April ini menuntut moral support dari family kami dan perlu pulang melawat orang tua kami. Balik Pilah juga manis...Pulang Jengka juga indah.

Owh...tak sabarnya.. :)



***sekadar gambar hiasan

2 comments:

zurayusoff said...

hai salam kenal
betul tu...urusan dunia takkan pernah habis
selamat pulang ke kampung...

Lovely us said...

salam zura..

benar2... kdg2 mmg kena lari sebentar kan..hehe