Ya..Berangan-angan seperti mahu berada kembali di kawasan tanah tinggi yang sejuk itu.. sambil berehat badan dan minda. Menikmati hot chocolate bersama suami dan anak tersayang..owh...dengan selingan buah-buahan strawberry yang so yummy...Kemudian kita breeze walk ke Butterfly Farm..ataupun Bee Farm atau pun Tea Farm.. Owh indah minum Earl Grey tea dalam keadaan sejuk..so refreshing...Malam pula..kita cari steamboat..mahu? Sudah pasti. Untuk getaway vacation seperti ini..tidak perlu ke luar negeri.. Penat mahu kumpul duit berkepuk-kepuk..lebih baik simpan saja untuk umrah ataupun haji dahulu..kemudian baru fikir ke destinasi lain yang bernilai yang sama..Jadi untuk percutian budget dan bahagia..di dalam negara sahaja sudah cukup indah...makanan dijamin halal.. tandas yang bersih
Atau kan...juga terfikir.. seperti mahu berada di tepian pantai..melihat matahari terbenam..mendengar deru ombak yang tak henti menghempas pantai dan melihat lautan terbentang sambil memuji kebesaran Allah. Subhanallah Subhanallah. Tenang. Hilang juga segala masalah. Sambil main-main di gigi pantai.. juga boleh breeze walk. Malam pula kita cari seafood. Sudah pastilah...nama juga bercuti di pantai..Pasti banyak kedai makan yang offer seafood. Pagi-pagi boleh teman si Dhia mandi pool. 1 jam saja sudah buat dia kecut.. barula terkejar-kejar ke bilik hotel minta susu. hehe
Nantila nanti..angan-angan sudah ada. Pasti akan direalisasikan. Cuma bukan sekarang. Sekarang tumpuan hanya untuk tugas yang sedia menanti..suami yang akan menduduki mid-sem April ini menuntut moral support dari family kami dan perlu pulang melawat orang tua kami. Balik Pilah juga manis...Pulang Jengka juga indah.
Owh...tak sabarnya.. :)
***sekadar gambar hiasan