January 25, 2012

s y u k u r

Adakah kita termasuk dikalangan yg berSyukur? Dimana Allah kata cuma SEDIKIT yg bersyukur. Adakah kita tergolong dikalangan yang sedikit itu?
Kalau Allah tanya nikmat Kesihatan? Nikmat Mata, telinga? Semua akan ditanya diakhirat.

Bila kita berzikir, kena bertawajuh. Dihati dan dilisan. Subhanallah. Maha Suci Allah. Tiada yang paling suci melainkan hanyalah Allah.
Ini kerana kita Insan yang memang akan terlupa. Dengan majlis ilmu, kita akan mengingati Allah dan asbab kita duduk dalam majlis ilmu Allah ampunkan dosa kita. Kita MESTI ambil kesempatan walau sekejap bila ada majlis ilmu.

Dialam kubur semua org kafir akan beriman. Apa gunanya. Semua itu sudah tak diterima lagi oleh Allah.
Allah maha kaya. Nak sangat beri pahala kepada hambanya. Amalan yang sedikit bertimbun pahala yang diberi. Akan tetapi Amalan dalam kubur dah tak diterima lagi.
Seorang hafiz minta kepada Allah untuk dapat baca dalam kubur. Setelah mati seorang tidur di masjid mendengar suara orang baca Al Quran. Beliau bertanya kepada orang masjid dan menceritakan akan permintaan pemuda tersebut. Pada malam tersebut beliau bermimpi dan pemuda tadi menceritakan sudah 20 tahun tanpa henti beliau membaca Al Quran akan tetapi sedikit pahala pun tidak dikira
Nak berjaya didunia pun susah.

Jadi doktor haiwan, setiap sendi tulang haiwan kena hafal. Apatah lagi usaha kita bila hendakkan Syurga Allah

No comments: