April 26, 2011

Perkahwinan dalam restu-Nya

Dari Anas Bin Malik :


Rasul SAW bersabda :

====================
Barang siapa di kurniakan isteri yang solehah, dia telah membantu menyempurnakan setengah dari Ad-Deen nya.
 
 
Kepada adinda ku yang bakal menempuh alam rumahtangga pada 1Mei ini..
 
Bersabar dan tabahkan hatimu dengan segala cabaran dan dugaan yang bakal kau tempuhi
 
Alam perkahwinan sangat indah jika segala rintangan, jatuh bangun dikongsi bersama...
 
Sentiasa belajar menghargai tanpa mengharapkan kau dihargai...
 
Doa dan harapan kami sentiasa bersamamu...
 
Dipetik dari blog Ilham Ikhlasku..Sungguh menginsafkan
 
Untuk suami :
 
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, tidaklah setabah Fatimah. Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya. Isteri adalah murid, kamu mursyidnya. Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.




Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya. Ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya. Seandai isteri tulang yang bengkok, berhati2lah meluruskannya.


Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa, untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa, kamu bukanlah Rasulullah S.A.W., pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallah hu wajhah, kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH..amin…



Untuk isteri :


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W., tidaklah setaqwa Ibrahim, tidak segagah Musa, apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh.



Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya. Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya, ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya.

 
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa, untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH S.W.T., kerana memiliki suami yang tidak segagah mana..



Justeru kamu akan tersentak dari alpa, kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Kamu cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH..amin…

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

No comments: