December 23, 2010

c.h.r.i.s.t.m.a.s getaway


Look forward for next week holiday.. on leave for the whole week yo.. wow... cant wait any longer.. today is last day of working before my holiday..**happy **happy...
Tmrw morning, we'll be heading to jengka for my sis in law engagement.. yezz.. cikgu Umie Zulkipli.. selamat bertunang dengan en Zamri awk k..tunggu kakakmu nak balik nih... nnti kita tgkp gambar byk2.. ble upload kt blog heh
The engagement will be held on saturday.. so esok nk prepare2 lah apa yang patut kan.. the mini dais.. the hantaran.. etc...
mmg sukaa balik jengka **jumping **jumping.. fyi, sekarang musim sejuk di jengka.. sejuk bangat seh... kol 1130pagi mcm kol 730 pagi k... h.e.a.v.e.n ..dgn air kolam yang sejuk beku tu... alamak tp kena mandi awai.. org ramai.. :D

Then on sunday... my bestie wedding day... congrates to Dr Wan Zaihana.. bersama enfaiz along akan diijabkabulkan... nak sangat attend this wedding sbb dia adala my besfren and jarang2la dapat jumpa sbb budak ni bukak klinik kat labuan...bila la nk tgk klinik ko kt labuan tu.. (berangan2 masuk Brunei skali) so on ahad noon tu ke simpang pertang la kami utk attend wedding plak..

Lepas tu ada plan lain on monday 27/12 until 30/12.. jumping**jumping** again.. l.a.z.a.t okee

On new year plak, 1/1, saturday... had family meeting... regarding on angah and bobo wedding preparation.. kawen sokmo koje adik2 aku nih

Pehtu...heading back to kl for dhia back to school preparation (smart reader kid la dhia next year).. owh and berehat di casa sendiri..

Sunday...2/1 morning restock kain kat jalan tar.. need to cont my biz plan again...

Monday.. life back to normal.. owhh ai cuti laaa.. nk tgk my baby masuk sekolah...

Conclusion : i love my life and my family (ada kena mengena kee?)
Daaaaaa

December 20, 2010

Hantu mak limah balik rumah



Best citer ni.. duk gelak bersama2 anak dan suami tercinta.. hehehe




Birthday dhia part 2


Owh celebration kali ini with mama and babah okee :) Sempat g toy r us merembat birthday pressie for dhia

Midv christmas celebration









Order pun tk larat nk mamam byk2.. sbb br baham chicken rice shop.. eheh

with santa gurls :)

sukanya dia mamam ice cream




got 1 scope ice cream voucher from hagen daaz


Birthday dhia

Pagi-pagi di rumah mak kl

With the gang...

Tgk kakak2 buat homework..pasni bibi punya turn


dh mandii

party timeeeeee









Arrange di rumah makcik yang jaga dhia.. suka betul mereka.. saya pun suka..
H.a.p.p.y b.i.r.t.h.d.a.y sayang mama mwahs2


Mini lanskap



My new landscape :)

November 16, 2010

:::[ Hari KEHANCURAN ]:::

Sama-samala kita insaf dan ambil iktibar... Bertaubat dan beramal la selagi ada kesempatan. Astagfirullah

Insaf nya……


Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

November 9, 2010

s.a.n.g.g.a.p

ngantok...

sleepy....

sanggap....



so many works to do...

so sleepy i am...



tak sabar nk balik rumah



luv



xoxoxoxoxo

October 31, 2010

Make over

Last weekend was very tiring one i tell ya!!!!! phewww sampai sekarang terasa denyutan kaki.. penatnya mengemas.. menyusun atur...huhuuhu... sebenarnya dah lama nak make over bilik anak dara saya ini.. tahun depan dia dah nak start sekolah.. rasanya kena setel now la kan... alhamdulillah setel juga minggu ni...

Tema : gurlish+pink+purple

Aikkk takkan dah nak tido kot bie?


Overall room.. petang tu sempat lagi ke Nilai 3 smntr menunggu org perabot datang untuk rembat carpet bilik Bie and carpet living hall ehehe


Meja study... sekarang tgh share kerusi ngn meja computer bie....nnti igt nak cari kerosi kaler pink....study rerajin ye sayang mama

Mini library...

Lihat carpet baru saya.. ngeh2....and tambahan sofa di situ.... heaven giler nak tgk tv... nk survey mesin urut kaki la plak... larikssss....


Lawa tak? Rumah kecik je....tp still nakkan keselesaan kan...




Owh sempat menampal frame Ikea yang berzaman dibeli.. nampak tk? nampak tk?




Errm...pasni project buat balcony la plak... dh huduh dh the old landscape... erm dh ada ide dh.. tp tk smpt aje ...



Hehee... mcm nk tmbh frame je lagi...kaler putih plak ke.. sbr buk Huda

Enlarge....


Dhia smpat mengepau mak bapaknya di Toys r Us sesudah selesai beli bedsheet dia di Jusco.. huhuuhuhuhu

Barisan frame zaman baby Bie.. harap ada masa nak lap ujung2 minggu nnti... huhuhu

Owh siap ada tmpt hanger towel tu.. suka benda alah ni..comel je rasa.. tu yg rembat skali tu

Happy face :)

****PerasanTakEntryTakIkutSusunanSbbAciDoneAje**** Ehehehee



October 27, 2010

Marc Jacobs anyone?

Pheeww.. cantik wrislet Marc Jacobs ni.. sabare sabare... Survey2 ble dpt dlm RM580.. adoi...



Wah wahhh.. kalau dapat padankan ngn handbag dia pun best tul.. Survey handbag dapat dalam RM1300







Owh ada package ar.. buy both for RM1700... a.p.a.k.ah ?????????
ngeee... nafsu semata... tula sapa suh browse handbag lagi
haaaaih

October 21, 2010

m.a.g.i.k.a time!







Conclusion : Suker tgk dhia sgt h.a.p.p.y :))
Citer pun menghiburkan

Tapi dhia ngantok and request balik awal. First time tgk wayang kot.. terkejut tgk screen besar and sound yang sangat kuat..

Erm... kita layan dvd je la lepas ni yer sayang :)