September 26, 2008

Salam Aidilfitri




Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua pembaca blog saya. Di atas adalah e-card raya dari department saya. Sila la meneka saya yang mana satu.. Saya adalah antara yang comel.. jujur ni.. hiks.

Saya percaya ramai sudah mula bercuti minggu depan. Saya pun termasuk dlm golongan itu. Banyak benda yang perlu dibereskan di kampung. Kena pasang langsir baru..(cantik ok.. tempah di Nagoya), kena basuh bekas2 kuih raya yg baru dan lama (hihi hasil borongan di KK, Nilai 3, saya berjaya membeli bekas kuih vantage yang saya suka. Maaf tiada gambar ya). Saya juga kena uruskan kuih-kuih raya yang dibawa,sediakan botol dan kemaskini keperluan dhia. Perlu mengemas rumah dengan lebih comel dan menarik serta perlu membuat cookies honey cornflakes yang sudah pun dibeli bahan-bahannya. Raya ini saya bersemangat kembali untuk menyambut kedatangannya. Alhamdulillah semangat saya kembali pulih. Saya ingat saya tidak mampu untuk beraya kembali ttp kini saya tidak sabar2 utk beraya dan melayan tetamu. Alhamdulillah.. sangat sangat.

So kini saya menghitung jam utk kembali ke kampung halaman utk bertemu dhia dan mama papa(Ayat tk igt.. padahal tiap2 minggu balik kampung..hihi poyos.. suasana raya beb.. kasi can la). Hari ni tk boleh balik dulu sbb ada urusan peribadi yang harus diselesaikan.. jadi esok saje lah mama kiss dhia k. Till tommorrow then.

Kepada semua muslimat, semoga kehadiran Lembaran Syawal membawa seribu rahmat dan kebahagiaan. Semoga kita sentiasa dalam lindungan-Nya. Kalau beraya tu jgn makan banyak sgt. Jaga kesihatan ye. (Peringatan untuk diri sendiri)

Hugs

Huda comot

5 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Jangan lupa 18hb bawa Yot ye.

viruspadu said...

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN

dari vp, laloque dan An-nisa

Anonymous said...

Lagi best raya ngan family sendiri kalau hati senang mana2 pun rasa beshhhhh sangat

Lovely us said...

Dear shani,

Oke.. sy cuba bawak yot nanti

Dear VP,

Selamat hari raya dan maaf zahir batin juga

Dear K roney,

I sokonnggg.. mmg best raya kali ni

Anonymous said...

Nak raya lagi leh x ahahaha