August 26, 2011

Salam Lebaran


Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Berhari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin kepada saya yang pernah kami berbuat silap dan terasa di hati. Semoga lebaran ini akan mengeratkan lagi tali silaturahim antara kita sesama insan.

Sila cuci mata dengan picture raya tahun sudah.. nanti pas raya saya post pic baru ea
Untuk yang berkesempatan berkunjung di Negeri Sembilan dan Bangi, jangan lupa singgah rumah ye :) Kami akan menanti dengan tangan terbuka.


August 19, 2011

Mari beringat - tazkirah ramadhan


Gambaran Hari Kiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

 
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

 
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

 vii.Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :



ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

 
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

 
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

 
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


① Sedekah/amal jariahnya.



② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.










Randomly

          Raya Preparation

Mari lihat-lihat persiapan raya kami.... Sebab saya terlalu sibuk..ini sahaja la yang sempat di update. Minggu hadapan pun tak pasti dapat update ke tak. Meeting sehingga ke Rabu ke khamis ek ..tak igt pulak. Meeting yang hardcore plak tu..yang menuntut tumpuan dan kosentrasi sepenuh jiwa. Malam sure flat rate la daku. hehe. Malam selasa kena ke Nilai, g ambil kuih-kuih yang ditempah. Kemudian Rabu ke Damansara, ambil kek lapis yang ditempah. Yang ni saya buka jualan kepada rakan2 opis shj. Tak sempat nk upload gambar pun. Saja suka suka menjual. Kemudian Khamis nak kena distribute ke rakan-rakan di KL dan Cyber. Jumaat last work preparation before off for Raya... Phewww what a week. Sudah laaa tekanan jiwa..mari kita lihat raya preparation dulu. hehehe
  • Baju raya Dhia (Nasib dah rembat di Factory Outlet Bandung aritu and top up sikit2 shj, Babah and Mama (Checked!)
  • Tudung raya (Checked! ...beli 3 pasang di Ariani dan pergi letak batu di kedai lain...tkkn nk letak batu kt Ariani kot..mahai tu.. agak-agak le yeop....ko tu mak Dat keeee? hehe)
  • Kasut raya Dhia and mama (Checked! and sepadan lagi..pas raya ai post hehehe) Babah...tgk minggu ni lah ek hehee
  • Telekung raya (checked!) Mana satu nak pakai dulu. Byk naaa cantik2..hasil rembatan di Bandung and mama beli di Medan.. Suka sgt
  • Kuih raya and kek raya and kerepek raya (Checked! Nasib ai menjual tahun ni..so dapat la beli lebih sikit untuk 3-3 rumah iaitu mine, my mum and mil) (And nasibla di rumah in law di Jengka... ada perusahaan kerepek Umie yang sangat sedap dan tiap kali balik jengka boleh beli dengan harga murah.. kami jual pun murah.. 500g harga kerepek kami hanya RM10 tu... tak main laaa RM12 ke RM14 ke...kekeke
  • Solution Contact lense... ha ni belum beli ni...Igt2. Kang tak sonok nk make up2 time raya pulak..huhuhuhu
  • Duit raya (Checked!) Half dah masuk sampul...half lagi otw. ni Dhia yang tolong masukkn..sexited tul dia nak masukkn dalam sampul angpowww.
  • Duit minyak and tol (Checked!...dh allocate siap2.. takut keterhabisan...heehe)
  • Camera raya (Checked! Baru tangkap satu... yang mana satu ek...Er...... ni haaa dia... bior gambar perut ai kempis je time raya... bior gambar muka ai comel skit time raya.. hehehe)

suka yang merah tapi en suami kata nampak tk profesional je dia amek gambar sbb seme pro pakai hitam kan... so dirembatnya yang hitam..... tkpolaaaa...den suko gak..hehehee


cantik bebonar kan......huhuhu

yang ni baru ai punya


HD quality and boleh rekod video lagi...mari kita rekod video raya banyak2 nanti ek

Errrrr apa lagi ek............... nanti igt update semula lah

  • Owhhhhhh ada lagi satu...muahahahaa getiksssssss tak.... handbag raya baru uuuu tahun ni... (statement org pas raya makan nasi ngn butter selama 3 bulan....heheehe).. Mahu lihat???..... heheheee tggula pas raya ai post pic handbag tu...yang penting sukerrrrrrrrrr. pesanan penaja yang geram ngn orang yang asyik cari alasan nk beli handbag ...... Nak beli handbag boleh....tapi...tapi..pasni beli time nk raya aje....huwaaaaaaa
Owh selamat membuat persiapan raya ya semuaaaaaa :)

August 18, 2011

sakit kepala



Sakitnya kepala. Duk berdenyut-denyut.. Risau...sedih.. takut.. semua ada... Mesti darah tinggi naik ni...Agaknyalah... nak minum air asam jawa lah balik nanti....tapi kalau tk elok juga..kena g check up ni.

ya Allah..pulihkanlah kesihatanku... Amin

*Korang ada petua tak untuk hilangkan sakit kepala? tolong tolong.....

August 12, 2011

Tak habis habis

Mcamana tak habis-habis.. Saya sedang jatuh cinta sangat dengan sinetron ini. Suka dengan lagu-lagunya yang indah. Suka dengan jalan ceritanya yang tertib. Suka dengan pemain-pemain layar yang sopan dalam melaksanakan lakonan untuk sinetron berasaskan Islam. Lantas menaikkan mood Ramadhan saya. Juga membuat saya rasa rendah diri atas ibadah yang serba kekurangan ini. Malu selebihnya :(. Ya Allah.. Kuatkanlah iman hambaMu ini.

Mari kawan-kawan... kita lihat bait-bait liriknya

Ketika cinta bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdaMu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu


Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih (saya suka part ini. Si dia bisikkan doa untuk cintanya dalam setiap zikirnya. Indah)Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit


Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


Owh lagi satu lagu dia yang. Indah.

Haramkah (sila cari dan download ya)

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan


Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan


Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin


Aku hanya ingin cinta yang halal Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal (Suka juga part ini. Dia hanya ingin cinta yang halal.Dengan izin Allah. Insaf)
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

August 10, 2011

Terjebak


Jadual akan dimulai dengan masa tiba dari kantor:

530-630 Ketika Cinta Bertasbih (Pelangi)

630-700 Kampung Boy (Lat) (Astro Ceria.....Pesal yang ni pun bole terjebak ekkkk)

700-800 Kasih Alia (TV3)

830-930 Dewi (Pelangi)

Ehehe jadual nengok TV rupanya...kenapa ble terjebak begini dasat........... tensen aku.. semua urusan kena buat tergesa-gesa. Tapi janganla percaya saya duk melekat depan tv. I buat semua ibadah harian ok...cuma nk copek jo la kojo eh... Parah penyakit TV ni...  help help!!!!!


Sinetron Dewi juga enak



Baim Wong yang comel


Ketika cinta bertasbih yang indah


yang ni pun hati sudah tertarik...waduhhhh

Macamana nak jalan-jalan kt Bazaar malam-malam niii? Tapi jimat duit juga yaa :)

August 9, 2011

Day 6 – A song to match your mood

Now this is the song that match my mood.. ever since :)
Tenang sungguh mendengar lagu ini.


Melly Goeslaw

Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta

Mengucap satu nama

Seindah goresan sabdamu dalam kitabku

Cinta yang bertasbih

Mengutus Hati ini

Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku

Dalam butiran tasbih

Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta

Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah

Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu

Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang

Sujud sukur padamu atas segala cinta

Day 5 – What makes you different from everyone else

What makes me different?? Nothing special lah. Ngee... Cuma maybe baik hati.. rajin.. dan peramah.. muahaha. Ini dari temubual dengan suami. Ya orang lain malu untuk di tanya. Owh tidak dilupa.. suami beritahu saya adalah jiwang dan manja. Nah... sama kan dengan orang lain. Oh.. selebihnya sentiasa bercita cita tinggi dan berjiwa besar untuk berbakti kepada orang-orang kesayangan. Ini pun impian murni semua orang kan.. So nothing different from everyone else. Semua manusia sama di sisi Allah...

me..yang tidak different from everyone else :)


Penat + Lelah + Bangga

Salam Ramadhan....Nak ngadu..nak ngadu...bisa sih? Dari khamis lepas...saya telah berulang alik ke Kolej Company di KL-Cyber untuk 4 hari kursus. Kursusnya enak tapi journeynya capek.

Rutin perjalanannya berbunyi begini.. Pepagi hantar Dhia ke SR.. Selepas itu, hantar Babah ke Cyber..then heading to KL..Hasilnya adalah Jem yang hamat... sebab dah lambat sampai KL kan... Kesimpulannya adalah PENAT.. Rutin ini berjalan selama 4 hari. Khamis-Jumaat-Isnin-Selasa. Fuiyo... PENAT x 4 tu. hehe kerana tugas...hamba turutkan.

Akan tetapi,di weekend lepas...kami sempat balik berbuka di kampung. Sabtu dilalui dengan berjimba-jimba di JJ Seremban...Dan Terminal One... Capek juga...Jadi keadaan adalah tidak sempat balik masak(sebenarnya tak larat balik masak)... Kami shopping saja di PARAM Kopilah. Balik rumah, tgk2 papa shopping barang berbuka juga... waduh waduh.. gi mana sihhhhh..pasti banyak makanannya..bagaimana mahu dihabisin... ampun pakk....

Inilah hasil penyopingan di PARAM



Hidangan sebanyak ini untuk 8 orang makan...banyak mana laaaa yg kami makan pun...hoho penuh peti ais diisi dengan lebihan makanan.

Malam kami sudahi dengan solat Terawih sekeluarga diimamkan oleh suami saya. Pasti akan diulangi lagi jika kami berbuka di kampung. Alhamdulillah..selesai 1 hari kami berpuasa.

Hari kedua.. bahan-bahan untuk buat biskut raya sudah dibeli di Bangi.. jadinya... niat utk coba-coba baking perlu disempurnakan...mari kita buat cookies... heheheeeee jadinya saya, Intan Cipok, dan 2 orang maid pun bertindak...!!

Ampun ma...nanti kami kemas semula...(dapur adalah sedikit tunggang langgang)

Owh lupa.... ada little helper yang sangat rajin menolong. My anak dara.


Cobaan buat kek lapis...heheehe pasti yang mahir sangat ketawakan cara bikinan kek lapis saya

Hasilnya ialah lapisan yang agak tebal dan rasanya pun manis sket...cedih cedih.. kena alter2 lagi dong ah. Tapi enak juga. Dan moist2. Mari bikin lagi yuk

Pukul 4 petang pula...mama sudah bebel2... Masak masak semua orang...Ramai nak berbuka di rumah. Malam ini, Bob(Bro in law) and family datang berbuka. Memasak pula kami...Main menu... Ikan keli gulai dengan pucuk ubi... Paprik ayam... Ikan keli bakar....Sotong bakar... Apelagi ek....Lupa den dah. Serta kuih muih dari PARAM... yang pasti dapat berkumpul beramai-ramai.. adoyai tiada gambar dah rupanya.. capek banget dong...

**Maaf ada terselit unsur-unsur Indonesia di sini. Addicted dengan Channel Pelangi. Confirm kena subscribe channel nih.. kerana ini..

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Ketika cinta bertasbih ...Ramadhan Spesial




Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Indahnya cinta di dalam Islam... Cinta pada hamba Allah demi mencari cinta Allah........ syahdu.. jiwanggggggggg

Owh mas Azam...***tibe2

August 3, 2011

Menembak




Baru belajar-belajar menembak.... ok la sket2..

Random

Randomly pictures of dhia with our new Canon EOS 1100 D ...ngeeeeeee... sukalah saya... muahaha







Comel sungguh kan...

August 2, 2011

A great weekend before ramadhan

Ramadhan tiba lagi. Azam tahun ini ingin menyambutnya dengan penuh kesyukuran, berusaha menghidupkan nikmat ramadhan sehingga ke penghujung,dan bersederhana dalam persiapan menyambut Syawal.. InsyaAllah... Malam Ramadhan kami telah dimulai dengan bertadarus dan berterawih bersama suami dan maid kami(Maid pun suka berterawih kerana di kampungnya, dia memang selalu berterawih). Harap-harap ibadah ini berterusan..Amin ya rabbal alamin. Ingat ye semua rakan-rakan yang dikasihi.. bulan Ramadhan ini datang hanya sekali dalam setahun. Marilah kita untuk tidak mensia-siakan peluang ibadat yang ada....

Owh sebelum Ramadhan, saya telah pulang ke kampung untuk menghantar mama saya. Dia berada di Bangi hampir seminggu kerana menjaga pakcik saya yang punya masalah jantung yang agak kritikal. The one and only brother left. Pakcik saya tidak punya isteri. Jadi makan nya ketika sakit terjaga juga.

Mahu  tengok apa kami buat di kampung sepanjang weekend ini?? Mahu tengok keindahan kampung?? Mahu tengok casa indah (pada pandangan saya indah ye) mama papa saya...??

Boleh ..boleh... boleh (Upin Ipin version)

seronok berbual nampaknya....

living hall mama di deco indah

segarnya pokok2 di kampung


Papa memeriksa KC nya

Ruang tgk TV

Abaikan model ya

Kamar beradu mama dan papa dan model kecil


Keselamatan seisi rumah harus di jaga


Menjadi pojaan hati semua

Comel tak ?

antara arnab2 kecil yang banyak.. dhia suka ke taman arnab kami.. jemput la berkunjung ke taman arnab kami

Pandai tak saya masak rendang.. ramai puji tau,, sungguh... buat apa menipu di bulan Ramadhan??

Layan dengan air asam sambal kicap... terbaik wokk...tq bob...lazat tul

My adik ipar sedang mengipas2 ikan-ikan keli dan pari bakar 

Indah kehidupan di kampung kan.......rindunyaaa suasana kampung. Alhamdulillah atas nikmat kurnia Illahi.

Salam Ramadhan kepada semua :)