October 26, 2009

HANTARAN AL-QURAN

Assalamualaikum wbr..

Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untukkita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan.. Mana satu kita nak belinih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggalsatu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikanhantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah."Ala, awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcikberbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorangpakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"sengih Nabil.

Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.."Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambiltersenyum."Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.

Jamilah sudah di sebelah rak yang lain."Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. KesianALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nakbaca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi"cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid."Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilahmengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil."

Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangantersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah.Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabildan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur sertamerta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.Janggutnya putih. Jubah putih.. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad."Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedaibuku 2 bulan lalu."Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahankita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antaraorang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hariKhamis selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masihmelihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yangsebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad Surah Ar Ra'd"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar darirumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padamwajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, carabacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim..Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suaragemersik Ustaz Sa'ad.

Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyaklagi alunan irama ALQurannya.Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebihmalang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukupbagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula.

Orang ramai memang senangcara penyampaian ustaz Sa'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubahini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetapsama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganyasehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengakukitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pastidilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnyamemanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkanmenjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggipelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah.
Kitab ALQUran yang menjadihantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiaphari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajarsama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'adtiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.