Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

September 25, 2011

Bolan tunang

Oleh kerana camera adalah tertinggal kat Jengka semasa tunangnya Bolan, maka gambar Bolan tunang adalah sedikit lewat. Sedih rasa sebab saya gemar menupload gambar. Ehh... Siapa itu Bolan ya? Bolan adalah adik ipar saya. Nama sebenar Bolan mestilah dirahsiakan. Hehe. Setelah mak datang ke Bangi atas urusan konvo Ayu, saya telah menerima semula camera diselar kami dengan tangan terbuka. Jadi boleh la saya mengupload gambar. Ehh.. Siapa pula Ayu? Ayu juga adalah adik ipar saya. Saya ada 7 orang adik ipar. Meriah ya. Sudah tentu. Hehe.

Ehh.. jum kita cuci mata.


Pakcik siapa ye ni.. hehe
Acu kami. Dia memang sporting dan happening. Kalau menangkap gambar, pasti aksi wajibnya selalu begini. Hehehe

Adik-adik ipar perempuan saya..kami excited nak pi meminang..


Bolan nak tunang.....!
Bolan yang pasti bahagia dan berdebar di hari raya dan hari bahagianya.. Hehe tahniah ye
Sirih junjung.. mak dan chah yang buat. bijak dan cantik kan

Fruits





Kami dengan bakal keluarga baru
Hanya satu photo beramai-ramai yang sengaja di upload sebab tempoh upload terlalu lama. Mengantok suda...

.
.
.
.
.
.
.
.

.
Lepas tu kami ke Gunung Senyum.. saja bawa my mum dan mak in law jalan-jalan

'
'
'
'

'
'
'
'

'
'
'


Ala-ala keluarga di kampung gituw.. erm rasa nak duk kampung pun ada gak..huhu
 Suami saya persis pak penghulu. Ai like menjadi mak penghulu. Hehe

'
'
'

'
'

'
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
marilah kita beramai-ramai di mercu tanda Gunung Senyum ekekekeke
'
'
'

'
'
'
'
'

'
'

Panas tau

Lepas ni turn sapa pulak nak tunang.. angkat tangan segera.. !!
hehe

July 12, 2011

Floria dan bertandang

Lamanya tak update blog.. skali update..ha sampai kol 12 malam tak ngntok2 lagi.. Bukan malas.. tapi kesibukan dan tak menang tangan. Kesian saya kan? Tak perlu kesian sebab saya gumbira dengan kesibukan saya :)

Mari saya cerita cuti hujung minggu yang terisi padat.. :) Bukan hujung minggu ini sahaja. Boleh dikatakan setiap minggu. Ya benar. Sila percaya.

Minggu ini,rumah kecil saya menjadi meriah dengan kehadiran adik-adik, mak mertua dan pakcik makcik dari Jengka. Penuh gelak ketawa.. dan gurau senda.

Semuanya kerana hujung minggu ini adalah giliran bertandang di rumah pengantin lelaki. Lokasi rumah pengantin lelaki hanya 30 minit dari Bangi. Rezeki adik ipar, jodohnya orang dari Saujana Putra. :)

Sementelah itu.. kami pun ambil kesempatan berkunjung di Pesta Flora di Putrajaya pada malam minggu itu..rezeki mak untuk melihat-lihat bunga. Mak memang suka bunga.

Keadaan adalah padat dek malam itu merupakan malam pembukaan... phew... ramainya orang.. dan hampir ssh mencari parking..

Tapi bila dah parking.. sangatla puas hati...Seronok sgt rasa ke Pesta Flora ni..(psst...bagi yang ingin ke sana.. sila stering lock dan pastikan gear anda berkunci.. dengarnya sudah 3 buah kereta hilang di Pesta Flora itu.. kejam kan pencuri kereta itu... jgn halalkan kereta yg mereka ambil ya)

Malam itu, dapatla kami bergambar2 dan menikmati percikan bunga api yang cantik. Dhia terpukau melihat bunga api. Comel sungguh.

Setelah dikhabarkan berita kepada mama, mama saya pula adalah jeles.. jadi malam ini tadi saya telah mengambil mama di Seremban sebab dia pun nak pergi ke Pesta Flora ini...

Jadi esok malam kami ke Putrajaya lagi. Nasib la dekat je ngn Bangi..

So apa tunggu lagi... mari kita layan gambar pula :)











Day 2 : Hari bertandang










Mari lihat aksi-aksi love birds ini:

Love birds no. 1

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


Love birds no 2

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


and last skali...love bird no 3....

'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'

'
'
'
'
'

'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'




tak sempat tangkap gambar berdua di hari kenduri.. kt tapak pesta pun jadik la :)

July 5, 2011

Mari cuci mata

Bulan May 2011 sibuk dengan perkahwinan adik di Kuala Pilah.. Bulan July pula perkahwinan adik ipar di Jengka... Selesai sudah kenduri di Jengka.. hanya menunggu habis majlis di pihak lelaki hujung minggu ini.

Balik selepas bercuti lama... rasa agak blank sedikit ketika di kantor.. aduh... penangan lama bercuti (3 hari je pun), inilah akibatnya....

Bagaimana pun hati lega kerana kedua-dua adik tercinta telah selamat diijabkabulkan. Semoga perkahwinan kedua-duanya aman bahagia dan kekal sehingga ke syurga.

Amin





May 3, 2011

Kisah disekitar pernikahan angah.....

Banyak gambar adalah milik photografer profesional yang dipilih angah untuk merakamkan kenangan manis perkahwinannya.. Gambar-gambar di bawah adalah yang ada dalam simpanan saya..

Mari mengimbas kenangan manis kita dengan mencuci mata dengan gambar-gambar di sekitar penikahan adik saya :)


Berdebar - debar menunggu dinikahkan

Kami dan anak kami

                                                       Kami dan adik-adik kami

Bersama suami tercinta

                                               Hasil tangan ku yang tak seberapa halus :)


                                           Alhamdulillah selesai.... dengan sekali lafaz :)

                                                           Adegan suap menyuap :)


                                                                        Kami

Mari membuka hadiah

April 26, 2011

Perkahwinan dalam restu-Nya

Dari Anas Bin Malik :


Rasul SAW bersabda :

====================
Barang siapa di kurniakan isteri yang solehah, dia telah membantu menyempurnakan setengah dari Ad-Deen nya.
 
 
Kepada adinda ku yang bakal menempuh alam rumahtangga pada 1Mei ini..
 
Bersabar dan tabahkan hatimu dengan segala cabaran dan dugaan yang bakal kau tempuhi
 
Alam perkahwinan sangat indah jika segala rintangan, jatuh bangun dikongsi bersama...
 
Sentiasa belajar menghargai tanpa mengharapkan kau dihargai...
 
Doa dan harapan kami sentiasa bersamamu...
 
Dipetik dari blog Ilham Ikhlasku..Sungguh menginsafkan
 
Untuk suami :
 
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, tidaklah setabah Fatimah. Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya. Isteri adalah murid, kamu mursyidnya. Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.




Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya. Ketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya. Seandai isteri tulang yang bengkok, berhati2lah meluruskannya.


Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa, untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa, kamu bukanlah Rasulullah S.A.W., pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallah hu wajhah, kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH..amin…



Untuk isteri :


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad S.A.W., tidaklah setaqwa Ibrahim, tidak segagah Musa, apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh.



Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya. Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya, ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya.

 
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa, untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH S.W.T., kerana memiliki suami yang tidak segagah mana..



Justeru kamu akan tersentak dari alpa, kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga, bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Kamu cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH..amin…

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

October 20, 2010

Tudung terkini, Mari kite berfashionista

Lepas terkial2 gulung2.. belit2... pusing2... dapat gak la hasil yang memuaskan... luv this selendang... ala2 stylo gitew.... erm thinking of buying other colour... shocking pink? blue turqoise... red ferrari? Nak beli lagi la.. :D






suker suker :D