October 31, 2012

Semua kuserah padamu... Aku begini adanya... Ku hormati keputusanmu.. Apapun yang akan kau kata kan.....

Jam hampir mencecah 11pm tapi laptop baru dihidupkan. Dhia dan abah enak dibuai mimpi indah. Tapi saya gagahkan juga diri... Ada kerja ofis yang perlu diselesaikan. Ada hutang perlu dilunaskan...

Maka dengan bertemankan alunan lagu-lagu merdu dan asyik dari Rossa... sememangnya saya meminati suara wanita... memang istimewa....tenang dan menghiburkan minda gak le... tajuk post hari ni pun ada dlm cd rossa... dia duet ngn broery.... relaks sangat....eh...dah dah...mari la kita buat kerja... sebelum mengantok haku ini hehe


di workstation baru saya

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'

'
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
jangan jeles
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
'
'
'

.
.
.
.
.
.
.
.
.

'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'

'

'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


hehe... nite2 darling



Night2 darlings... sleep tight yeah

October 30, 2012

Jodoh yang TIDAK disangka

Pepagi tadi semasa otw ke Kolej Latihan untuk kursus 2 hari.. (Arini first day).... Sambil2 nyembang dengan officemates, telinga sempat mendengar tajuk HOT FM iaitu "Jodoh yang tidak disangka"

Owh ala-ala sweet gitu tajuknya... Ramai juga yang buat posting untuk citer jodoh ini

So saya pun nyibuk-nyibuk nak jugalah mengimbas kembali perihal jodoh saya dengan en.Abang....

Awww (mode gelenya is ON):

Sebenarnya kalau ikutkan jodoh kami memang sangat tidak disangka. Semua kerja Allah kan..

Kenal-kenal gitew saja.. Baik pun tidak.. Rapat apatah lagi.. Senyum2 biasa saja.. Dia pun senior ditempat kerja saya.. So apedahal nk join awek junior ni kan... Awek junior pun perasan hot plak time tu kan memilih boifren.. Kikiki

En. Abang pun agak2 berupa nerd dan budak baik so idokle ada terusik ati ini utk bercintan-cintun dengannya hihihi..

And rasanya mungkin time tu En. abang sedang mengusha awek seangkatan dengannya.. Aw aw aw

So time flies.. Life goes on.. And on and on.. Until....

Dhia was born and I become single..
Phew we skip this part la yer...

Then.. After a while, we met again. At Kolej Latihan yang i pergi training hari ini.. We both have to attend assesment at that time. And i recall how kind person he is when we worked together.. So we discussed the exam paper until bawak ke borak2 thru Yahoo..

And chit chat going on quite sometime...

After that u ols figure out sendiri la ye..

Imagine en.Abang yang skema itu verani meminta untuk menyayangi and menchentai saya adalah shuweet hehe..

So siapa sangka en.Abang menjadi suami saya skrg... Yang membahagiakan saya.. Tak pernah marah... Never.. Sabar? Sentiasa.. Jiwang? Kalau lupa ai sentiasa ingatkan.. Hehe

Saya sejujurnya sangat bahagia...(kalau tgk citer korea pun sgt jiwang.. Tibe2..)

Harap jodoh kami berpanjangan. Amin

October 26, 2012

Ahmad al Falah bin Rafizi

Alhamdulillah selamat lahir ke dunia.. Anak buahku dari Zainorhana & Rafizi...

Kami berkampung di Seremban pada Aidiladha ini

Semoga menuju kejayaan ye Falah..

Amin

October 23, 2012

Budak demam + abah muka stone

Heh

Tak caya? Cer perhatikan wajah en. Abang dlm setiap pic. Kelakarlah abah. Stone je muka. Dhia je berubah2...

Terharu


Dalam kereta tgh tunggu en. Abang hantar toto pergi dobi.. Dalam syiok2 melayan alunan nasyid, Dhia tibe-tibe bersuara...

"Mama.. Mama berharga untuk Dhia.. Abah pun..."

Kamu berdua pun berharga buat mama.

Terharu

October 22, 2012

Kenyang perut suka hati

Salam.

Ai bersilat di dapur selama 45 minit tadi.. Sempat buat nasi ayam uuu...

Kami dinner bersama2 dlm pukul 845...

Fenat mmg fenat tp puas hati sebab en. Abang dan Dhia bertambah2 makan... Ni yang semangat ai dtg ni hehe..

Cepatlah projek my wet kitchen selesai... Tk sabar nk main masak2 dkt my wet kitchen..

Esok mahu masak apa ye...? Owh yang pasti kena bake choc cake sbb dah janji dgn Dhia..

Ok penat tp sedang enak diurut en. Abang .. Wopssss

Nite2 everybody

October 21, 2012

Impian jadi kenyataan

Tadi waktu otw balik dari Jengka.. Ai terima mesej dari no yang tidak dikenali mengatakan Courts is having Sales up to 70%!!!\!!!!

Oh no.....! 70%? Mahu lihat mahu.. Tak beli pun tk mengapa.. Hehe

Jum jengok sebentar....nasib en. Abang mahu bekerjasama...

So melenconglah kami ke Courts Kajang...

Taraaa.. Ai sempat merembat...

1. Microwave Electrolux RM 189 ( mak nak panaskan lauk sajork.. Susah gak sejak microwave kami rosak .. Tk diganti2 lagi)

2. Coffee maker.. Orang ado.. Kami pun mahu juga.. So rembatlah yang hok RM49 sajork.. Yang penting.. Pehni tk malas lagi nk membuat coffee Vietnam yg masih menimbun tk berusik... Harap2la kan hehe

3. Juice blinder... Dalam RM89 sajork.. Pensonic kot jenama dia.. Yang penting kaler pink.. Hihihik... Yg ni Dhia dh rasmikan mlm ni...

4. Meja study ai kaler pink.. Dlm RM99je.. Yang penting chantekkkk.. Tk pasang lagi.. Dh pasang nanti ai snap.. Buat miniworkstation dlm bilik master... Senang nk layan Korea memalam.. Wopppsss.. Hehe

And lagi satu mimpi jadi kenyataan..

Hehehe ai telah membeli lemari dapur gas utk my wet kitchen.. Maka sukalah pasni nk memasak segala mak nenek juadah.. Cewah.. U knowlah kan.. My kitchen skrg ni direct sgt ke living hall so tkleh kecah sket..nanti malu...

La ni ai leh la masak sorok2.. Tk siap kemas lagi.. I upload ceket2 je kt bawah ni...


Jeng jeng jeng..........

October 15, 2012

Gembiralah si budak comel dan si mama comot

Ini lah hasilnya semasa babah melipat kain..

Dan mama baru pas mandi..

Happylah budak itu menangkap gambar..

Happiness di akhiri dengan mama yang enak berfoot massage dgn en. Suami yang sangat sweet dan bermaskerr perisa rose beli di SASA (4 for RM10) hasil pemasangan mask oleh cik Dhia...

Kalau gini.. Bolehla mama masak tiap-tiap hari..

Alhamdulillah.. Nikmat yang tidak terdusta...

Alhamdulillah



Untuk peringatan bersama

Dapat ini dari rakan seopis.. Untuk peringatan bersama... supaya kita berjaga-jaga

Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.


Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak

akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).

Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke

Johor Bahru.



Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan)

manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)

Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Simpang Renggam untuk

membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.



Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak

yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan

hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga

yang ditinggalkan buat seketika.



Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……



Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri

yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.



Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek.

Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.

Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi

meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.



Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain.

Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.

Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek,

sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek

supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.

Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.



Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya

Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.

Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.



Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :

i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian

ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan

iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan

iv. Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan

(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)

v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan

vi. Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”

vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita

viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code

ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)

x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)



Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….

Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam)

October 12, 2012

Kenyang sebelum gerak balik

Layan teh dulu yer...

Site survey balik hari heh

Keje giler + penat + best !

Site survey untuk workshop kami di Cameron Highland

Balik hari tu... Pheww nikmatilah gambar rojak yang tk seberapa ini

October 9, 2012

Activiti kami sewaktu babah pergi ke kelas belajar hehe

Hah panjang tul tajuk post kali ini..

Sebenarnya nak tjk aktiviti kami malam ini waktu babah g kelas ajer

Jangan jeles u ols


Sedap btol dhia urut..

Pasni pakaikan mama masker pulak ehh

Azam Dhia di pagi hari


Sedang tgh siapkan dhia pagi ni....

"Mama.. Bibi berazam nak kalahkan Iman..."

"Baguslaaa Bibi... Belajar rajin2.. Elok tu.. Bla bla bla" segala mak nenek motivational words keluar lah dari mama dia yang excited ni kan..

" bukan kalahkan pasal blajarlah mama..."

" laaa.. Abes tu???"

" kalahkan fashion Iman tu..."

****mama nak pengsanla dhia.. Ko pi sekolah nak kalahkan fashion???

Adehlaaaa budak2 sekarang ni...

October 8, 2012

Welcome

My abg selalu complaint sebab i ni addicted beli barang kecil.. Nampak tu nak .. Nampak ni nak.. Tp kecil-kecilan je abg.. Bolehla mntk selalu.. Yang besar-besar mestilah jarang mntak..

Hehe

So smlm di jusco, I pun telah memintak yang ini............





Chantik tk

Jalan di Jusco smlm.. Berkenan plak yang ini...

October 4, 2012

Rojak campur-campur buah atau rojak campur-campur mee dan kuih...

Sukati saje nak letak tajuk apa apa kan...sebab entry adalah berupa rojak campuran...so entry pun bernama rojak lah kan.. sebab sudah lama tidak berupdate ... maka ini la kaedah paling sesuai..entry rojak... rojak pun rojaklah...janji kita happy - happy sahaja kan..

Mari kita mulakan dengan entry pertama : Majlis doa selamat kandungan sulong Angah ke 7 bulan. Bacaan Yaasin beramai-ramai mendoakan semoga selamat semuanya - Ibu dan Anak... Update: sekarang angah sedang menunggu masa untuk bersalin..hehe entry basi heh?

Bacaan Yaasin

Me with Puan Liza and Puan Linda, my sis' sisters in law... sukalah kami berborak-borak sebab time Raya tak sempat berjumpa.. Dahla baju pun seakan-akan je semua


Dhia dan Damia dan Dina... three bff...yang aktivitinya time kenduri adalah bagi makan arnab... dan berkubang di kandang arnab..haihh... abes busuk baju kurung kamu kamu semua..

Mari makan-makan.... semua selamat menjamu selera. Alhamdulillah

Entry kedua :
My Bil wedding

Alhamdulillah selamat semuanya... setelah berhempas pulas ...Jumaat ..nikah..Sabtu...kenduri belah perempuan..Ahad pula kenduri belah lelaki.. fenat woo..kaki nyut nyut..tetapi selesai sudah. Again..Alhamdulillah..welcome to our family sis Saleha..




Entry ketiga :  My small Jum Makan-makan...

Tak sempat nak buat time Raya..so kita drag sket ke seminggu lepas Raya. Alhamdulillah juga sebab ramai yang datang...Nama pun my small Jum Makan-makan...so jemputan dlm 120 orang sahaja.. yang terharunya...my jiran-jiran yang tak pernah berbual... hanya senyum-senyum saja pun sudi datang..jiran sebelah menyebelah yang memang berbual pun apatah lagi...memang seronok...rasa bertuah miliki jiran-jiran yang baik...Alhamdulillah

Then ada ajak my pakcik makcik..sepupu sepapat...dan my pak lang sempat buat doa selamat untuk rumah dan 'pagarkan' rumah kami di setiap sudut dengan bacaan Qursi dan ayat-ayat suci yang lain.. Alhamdulillah...terima kasih pak lang

Then ada juga ajak a few of my kawan-kawan and my hubs kawan-kawan..maaflah pada yang tak dijemput...hanya buat kecil-kecilan shj... dan Alhamdulillah juga..memang agak ramai yang datang...sukalah hati...walaupun penat dan kaki denyut-denyut..tp hasilnya berbaloi-baloi..cuma next time kalau nak organize..kena ada helper kot..ni key person only me and my hub.. terkangkang-kangkanglah kami nak serve and melayan tetamu..rasa tk puas pulak melayan tetamu...

Then selepas majlis, ada pula lebihan makanan...dari terbazir...sedekah pada jiran dan my hubby punya rakan-rakan di syif malam..sukanya menjamu orang... semoga ada rezeki untuk buat lagi makan-makan seperti ini...


the preparation.....



my jiran dah datang with kids

my pakcik makciks and relatives


our rakan-rakan....


lepas itu dhia merampas camera dan selamat lah tetamu yang datang tiada gambar kenangan untuk kami simpan. sedih sedih..dhia...len kali tak mahu buat lagi macam ni eh...

so rojak rojak adalah 3 in 1 ye.. hehe oklah...mahu tido.. nite semua